26 November 2011

sibuk majlis orang sakan

assalamualaikum...

al kisahnya pagi ni sorang kawan oshin telah selamat dinikahkan bersama pilihan hatinya. kawan oshin ni masih belajar. dan sudah sampai ketentuan dari Allah jodohnya tiba. jadi mengelak macam mana pon kalau da ditetapkan di Luh Mahfuz akan jalan jugak.

bila da selalu menyibuk pergi kenduri kawan. jemputan orang. lama lama akan terpikir sendiri. ' Aku ni sibuk dengan majlis orang, entah bila tiba masa aku '

nak kata mengeluh tu tak jugak la. sebab oshin rasa rilek je tak terikat dengan sesapa skang nih. haha. Single is The Best. bukannya tak terpikir nak kawen. mana ada pompuan dalam dunia ni tak nak kawen. kalau ada meh habaq kat cheq.

tapi macam oshin kata la. selagi belum sampai masanya tak perlu lah nak tanya tanya tuan punya badan ni kan. kalau da sampai seru akan kawen jugak. kang kalau bercinta bagai nak rak. heboh satu dunia tapi lepas tu putus tak ke haru.

sebab oshin pernah alami benda ni kan. kapel punya la lama. tapi nan hado. so sekarang ni oshin selesa untuk bersendiri. kenapa tak mencari ? entah. hati tak terbukak lagi untuk mencari. tapi tipula kalau oshin takde terpikat atau berkenan ngan sesapa kan. ada la jugak. cuma untuk melangkah lebih lebih tu tak la.

jadi sekarang ni oshin nak enjoy dulu majlis kawan kawan. seronok tengok diorang bahagia. oshin ? mestila bahagia bila kawan kawan bahagia. just enjoy myself. tak yah nak sedih sedih. mana tau kenal sehari esok terus kawen. haha. *ada ke macam tu*

Tiada ulasan: