2 November 2011

malang tak berbau :(

assalamualaikum...

meh oshin nak cerita kat korang. walaupun da seminggu lebih kejadian nih tetap jugak oshin nak cerita. aritu oshin lepas perasaan kat twitter je. HAHA. sebab kat twitter macam kita borak biasa walaupun lambat balasan. hehe. *giler twitter*

al-kisahnya macam nih. minggu lepas bukan minggu baru ni tau. minggu sebelum minggu nih. faham ? tak faham ? buat buat faham la ye. haha. jangan marah. adik beradik oshin semua balik. sebab adik oshin yang nak kawen ada exam untuk JQaf kat BP. akak oshin offer diri hantar.

mak oshin pulak sibuk kat umah DO lama dia kat JB. ada kenduri kawen. so hari Sabtu. kebetulan oshin ada jemputan kawen kat JB. oshin pergi ngan kawan satu U la coz kami kenal la pasangan pengantin nih kan. masa nak balik tu ayah call oshin.

dia tanya kat mana. oshin kata kat JB. dengar suara ayah macam ada masalah. oshin tanya napa. ayah kata akak kemalangan on the way nak balik Pontian. berderau jantung nih. lepas ayah letak oshin call la akak. tanya ok ke tak. boleh pulak die ketawa. sengal seh akak oshin nih. haha. terus tergelak je la oshin.


kesan kemalangan

akak terlelap masa drive. tapi die tak sedar pon bila masa die terlelap. adik oshin pulak sedap tido kat sebelah. kompem kompem la tak sedar kan. haha. bila da sampai Pontian oshin call akak. diorang da on the way balik. lepas tu adik bagitau kete ayah pulak problem. berdebar lagi jantung.

so oshin terus pergi tempat ayah stop. dari jauh oshin nampak ayah tengah cek kete dia. masa tu perasaan oshin sangat tersentuh. oshin hampir menitiskan air mata. siyes oshin tak suka tengok keadaan macam tu. oshin ingat nak tunggu kat situ ngan ayah. tapi ayah soh oshin balik. dia nak tunggu pomen datang. ikutkan memang tak nak blah tapi ayah suruh jugak. huhu. nak tak nak oshin kenela balik jugak kan. huhu.

masa oshin balik dari keje tu oshin tengok kete ayah masih tersadai tapi ayah takde. oshin risau gak ayah tak balik lagi. mana tau lepak kedai ke kan. call ayah tak angkat. call akak tak angkat. call adik dia cakap ayah da ada kat umah. lega sikit hati. macam macam dugaan kami dalam satu hari. natijahnya satu kete je kat umah. oshin pegi keje esoknya di hantar adik dan diambik petang. kebulur weh satu hari. HAHA.

5 ulasan:

Zulfahmi berkata...

Nasib baik takde jadi apa2 yang serius...

Itu la sebabnya kena dapatkan rehat yang cukup... Kalau badan tak cukup tido, boleh migrain, mengantuk dan sangat letih...

Jika terlalu mengantuk, berhenti dulu kat mana2, jalan2 sikit, basuh muka, tido kejap...

My girlfriend selalu karaoke kuat2 dalam kereta taknak kasi mengantuk

Abg Stalker berkata...

bawak la bekal g opis bt masa ni xde la kebulur. :)nsb baik xde apa2 yg teruk jadi.rosak cmtu xpe,x mahal sgt.lampu pun x pecah.

Oshin berkata...

tak teruk pon dekat 1k jugak bayar...huhu nsb baik la akak jnis berjimat...

inn berkata...

ooo....sempat kutuuk org ea....hampagas btol...hahhaha...pnt ooo....smpi pontian kol 1pg...naik bus lak tuuuu....kol6.30 dh bgun trus g bp maa...pastu jwb exam...tepu pale makk nii...hahaha

saffiya_aleesya @ echa berkata...

uikkss bahaya leh terlelap time drive..kena dptkan rehat yg cukup supaya x mengantok sbb kete rosak boleh di ganti tp klu diri kita?? celah mna nak di ganti?? berhati2 yer..