3 November 2011

khas buat newbie twitter


assalamualaikum...

ha korang ada twitter tak ? kalau yang ada macam mana korang gunakan twitter tu. setiap hari atau setiap minggu atau tak guna langsung ? hihi. so pada yang selalu guna tu kompem da faham macam mana nak guna kan. meh oshin celoteh sket pasal macam mana nak guna twitter nih.


first thing korang kene la ada account twitter kan. then kalau da sign up dekat bahagian home korang akan nampak paparan macam nih. ada satu kotak kosong kat atas (What's happening?) dengan beberapa menu tab (Timeline,Mentions,Retweets,Searches,Lists) ~ abaikan nombor-nombor tu sebab die takde. hihi.

no 1 (What's Happening) ~ kat sini korang taip la ape pon yang korang nak. macam korang chatting la. nak bagitau korang lapar ke, nak pengsan ke, nak pee ke. terpulang tapi bahasa kene la jaga jugak oke. (sekarang kan zaman saman-menyaman) limit 140 huruf je

no 2 (Timeline) ~ kat sini korang akan tengok tweet orang-orang yang korang follow. sebagai contoh la kan. si A follow si B dan memang takde follow yang lain selain B. jenis B pulak suka tweet macam-macam. memang komfem komfem Timeline korang tu akan penuh dengan tweet si B. so jangan la nak rasa muak or menyampah. sama la macam News Feed FB. kalau orang tu rajin update status memang penuh la NF korang ngan status die.

no 3 (Mentions) ~ kat sini pulak kalau ada orang mention nama korang, kat sini la tempat korang nak alert. maksudnya kalau dia ada tanya ape-ape korang leh jawab berdua la ngan dia. nak mention ramai ramai orang  pon boleh :)

no 4 (Retweets) ~ kat sini korang boleh tengok apa-apa yang korang tweet ada orang retweet balik tak. kiranya macam dia like la tweet korang tu. tapi memandangkan kat twitter takde like maka kita retweet la balik. haha. faham tak ?

yang bahagian searches ngan lists tu takde pape sangat la. hihi. so da faham tak cara nak guna twitter ? kalau tak faham leh la tanya tanya oke. jangan pulak terkejut badak bila tengok TL korang penuh ngan nama orang yang sama walaupun korang takde tweet ape-ape. da korang follow orang tu memang la TL korang ada nama dia. haha.

p/s : jangan sentap oke !

4 ulasan:

Fara berkata...

ooo..patut la penuh org yg sama ke kat twiterku..tp still x rasa feel ngan twitter..maybe sbb dia menda nie
@

Abg Stalker berkata...

abg ada twitter.add jom!:D

Khairiz berkata...

owh camtu baru tau..wakakaka

Oshin berkata...

hahaha senget khai...buat2 baru tau plak die