20 November 2011

" Eh, mintak website dia "

assalamualaikum...

semalam sorang kawan oshin mintak tolong carikan photographer untuk majlis kawen dia. disebabkan photographer yang dia book tiba tiba tak jadi datang. tak tau la kenapa. so oshin pon call adik mintak tanyakan pada kawan kawan tunang dia. kot kot ada yang free nak amik job.

tunggu punya tunggu takde la pulak adik tu call balik. then kebetulan ada majlis kat tempat oshin. so oshin dengan slumber tanya la kat pengantin pasal photographer dia. free tak esoknya. diorang kata ok. so oshin call balik member nak bagitau.

tapi dekat 10-15 kali call tak berangkat. bengang la jugak kan. then member call. tapi bukan dia. adik die yang call. yang mengejutkan oshin boleh pulak adik dia tanya oshin.

" Photographer tu ada Facebook / Blog / Website tak ? "

oshin terdiam kejap. lepas tu dia cakap :

" Kitorang nak tengok dulu hasil kerja dia macam mana "

oshin cakap nanti oshin tanyakan balik. memang tebal jugak la muka oshin dengan photographer tu. dah la tak kenal pon. tapi sebab fikirkan member mintak tolong oshin tanya jugak. kalau korang ada kat tempat photographer tu ape korang rasa.

dah la tanya last minute. lepas tu boleh pulak cakap macam tu. memang la kita nak cari yang terbaik untuk majlis bersejarah kan. tapi yang cakap tu bukan tuan punya badan tapi orang lain. ikut hati oshin memang dah malas nak layan tapi kenangkan kawan. tebalkan aje la muka nih.

bila da bagi nama FB photographer. oshin call balik. sama jugak macam awal awal tadi. call berkali kali tapi tak berangkat. bila angkat oshin mintak la tengok kejap. dia mintak tunggu sampai jam 8 malam. katanya tengah sibuk kat uma. kalau photographer tu memang asal tempat oshin takpela jugak. ni diorang datang dari klang. jauh tu. dan diorang pon kejar masa.

terpaksa la oshin call balik tapi still tak berangkat. tak lama lepas tu die call balik. dan tau ape die cakap :

" Maaf ea. Rasanya tak jadi nak amik photographer tu. Sebab ada sedara offer diri nak amik kan "

tak tau macam mana nak gambarkan hati ni. tapi sebab orang da mintak maaf oshin diam je la. buat tak tau je la nampaknya. so buat sesiapa yang last minit mintak tolong orang. jangan la banyak cekadak ye. kira baik la orang da tolong. lagipun takkan lah kita nak cari photographer yang bukan bukan. dah tentu oshin ada kat majlis kawen. mestilah pengantin tu cari photographer yang cantik hasil tangkapannya kan.

pssttt...memang menguji kesabaran oshin semalam. haish =_="

3 ulasan:

Abg Stalker berkata...

patutnya oshin just bg fon number je..minx photographer tu fon no,then bg member tu.biar dia berurusan sdri.xpyh jd org tgh..mmg serabut la.dia lak nk lpskn tengkuk dia je.

MerLe berkata...

huhu..sabor..sabor...

Oshin berkata...

abg S : masa tu photographer tgh sibuk amik gambar pengantin..so xnak la ganggu...huhu

merle : da cool pon hihi tp x tau la cmne nak ngadap budak tu arini :(