12 Oktober 2011

siapa yang paling terror ???

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak menunjuksiapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingantunjuk sapa paling power. 

Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.Terus dia berkata : "Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?"Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tuitu...habiissss aku kerjakan!!!!.. hii hiii hiiiiii"

Hangin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelibatjugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucurandarah."Nkorang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya,nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!",kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".

Pontianak yang satu lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak.Dia pun tunjuk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjatnya dua ekorsahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuhcucuran darah di mukanya...Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat akunak duduk dia dah balik, memang dia paling power!". 

Sambil mengosok-gosok hidong nya pontianak tu pun berkata , "Nkorang nampak tembok batu tu ?""Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu..."Err aku tadi tak nampak..". huu huu huuuu

1 ulasan:

TiTi berkata...

hahaha lawak je! patut lar pantas! :D