1 Oktober 2011

penjagaan buat pemakai pendakap gigi @ braces

assalamualaikum...

ha semalam oshin macam tak hapdet ape ape kan. kali ni oshin nak kongsi cara penjagaan yang betul bagi pemakai pendakap gigi aka braces.

aritu oshin da tunjuk kan barang barang yang oshin dapat bagi penjagaan gigi besi ni. macam mana nak guna. rasanya kalau korang biasa gosok gigi komfem la tau macam mana nak berus gigi kan. haha. jangan marah.

untuk floss tu caranya korang amik sehelai dan letak baik baik kata celah gigi. tarik ke depan belakang depan belakang. oshin penah try tapi tak boleh sebab mulut ni tak leh nak bukak luas luas. haha.

satu berus yang muncung macam gerudi tu gunanya untuk buang sisa makanan yang terselit celah gigi. sama macam floss cuma floss ni lebih kepada buang plak pada gigi macam gambar bawah ni.


berus tu caranya nak guna korang letak kat mana makanan terselit dan tolak keluar. pelan pelan gosok takut tersangkut plak kat besi tu. nanti ngilu wa cakap lu. hoho. memang best la ngilu tu. :p

dan rasanya semua tau kan. lepas makan pengguna braces wajib gosok gigi. berus gigi pulak tak sama macam berus gigi biasa. ada berus gigi special yang perlu digunakan. berusnya ada lekuk di tengah tengah. bersesuaian la untuk pemakai braces. bila korang gosok gigi pastikan lekuk tu terletak pada besi. automatik yang bahagian tepi berus tu akan kene pada gigi.

cara menggosok plak dari kiri ke kanan. tak boleh atas ke bawah. (memang tak boleh pon) bila korang gosok tu berus akan ikut alur besi tu. komfem tak lari la. jangan pulak korang gosok macam korang tak pakai braces. kang tanggal besi tu baru tau. lagi tambah sakit kang. hihi.

da siap gosok korang kene kumur kumur pulak dengan colgate plax. oshin tak penah guna benda ni. first time guna memang terkejut la. sebab sangat berangin. sakit pipi oshin ni. kumur kejap lepas tu terus buang. haha. jangan telan plak cecair ni ! tapi sekarang da oke la. guna colgate plax ni lepas gosok gigi waktu pagi dan malam sebelum tido. tapi kalau nak guna tiap kali lepas gosok gigi lepas makan pon boleh. lebih baik kot sebab dapat bersihkan plak plak yang melekat kat gigi.

tak mustahil nanti gigi kite akan putih berseri. *blink *blink

2 ulasan:

Saiazuan berkata...

leceh juga pakai braces ni

Oshin berkata...

boleh la...tapi da pilihan sendiri kan. nak tak nak kenela buat jugak :)