6 Oktober 2011

mystery call

assalamualaikum

ha korang pe cer ? sihat tak ? pe cite arini. oshin tengok kecoh satu dunia pasal Steve Jobs founder Apple past away kan. tapi oshin bukan nak hapdet pasal benda ni pon. haha.

tak best sama macam semua orang. da ramai sangat yang hapdet. tengok je macam majlis perkahwinan artis kontroversi yang konon juta juta tu. hampir tiap orang hapdet benda yang sama. dan ayat pon lebih kurang je nak baca kan. so tak best.

* terpulang pada cara individu oke *

balik pada tajuk utama. tetibe arini oshin ada dapat call dari satu nombor tak dikenali. entah sapa la manusia kan. call ke nombor private plak tu. dalam kepala ni memang la ada beberapa orang yang oshin target tapi tak nak tuduh la kan.

orang ni call dan oshin teragak jugak nak angkat. then bila angkat langsung takde suara. oshin cakap hello je terus die letak. erk. ape kes ? suara oshin garau sangat ke sampai takut nak cakap. emm. nasib la kan. then die buat misscall plak. nak oshin call ke ? rasanya tak perlu kot melainkan die kenalkan diri sapa.

oshin tanya sapa pon tak berbalas. so apa nak kata. orang tak sudi nak perkenalkan diri kan. biar lah die. kalau rasa penting nak cakap ngan oshin sila call balik. kalau kedekut sangat kedit nak call mesej pon takpe. kalau sopan bahasanya sopan la oshin jawab. kalau kurang menarik cara cakapnya maaf anda tak diundang oke.

1 ulasan:

MD berkata...

Jika tak perlu rasenya takde masalah jika kita tidak melayan panggilan dari no 'private' ini...tanpa kita tahu apa tujuan panggilan itu dibuat....