Pages

19 Oktober 2011

mencari bekalan akhirat

assalamualaikum...

oshin nak berkongsi ni ngan korang. semalam oshin dapat satu surat dari IRM. ape tu IRM ? IRM = Islamic Relief Malaysia. IRM adalah sebuah agensi bantuan pembangunan sosial bertaraf antarabangsa yang berpusat di Birmingham, UK.

objektif IRM ni ditubuhkan adalah untuk membasmi kemiskinan dan mengurangkan penderitaan golongan miskin sejagat tanpa mengira perbezaan bangsa, agama, kedudukan dan warna kulit. so oshin nak ajak kawan kawan blogger yang baik hati mari la kita sama-sama menderma dan membantu saudara saudara kita yang dalam kesusahan di luar sana.


tidak kasihan kah kita melihat makcik ini. yang menanti dengan penuh sabar bantuan dari kita semua untuk meneruskan hidup di bumi Allah ini. tega kah kita melihat penderitaan yang ditanggung mereka. sempena ketibaan Aidiladha tak lama lagi, pihak IRM ada melancarkan kempen 'Qurban ke arah kebajikan'.

buat sesiapa yang berniat untuk melaksanakan niat Qurban boleh la singgah laman web IRM [SINI]

maaf kalau tak jelas

nanti lepas da buat semua prosedur pihak IRM akan hantar resit dan surat pada korang. dan oshin pon da dapat semalam. tapi ni resit untuk bulan 8 punya. masa tu tengah kecoh pasal Mogadishu (betul tak ejaan). berapa oshin bagi ? tak yah la tau. itu antara oshin dengan DIA dan pihak IRM je la. hihi.

ini surat terima kasih dari pihak IRM

ni pulak resit bayaran

buat yang berkemampuan tu boleh la sama sama bersedekah kan. tak rugi pon. nanti Allah gandakan lagi rezeki kita masa depan. lagi lagi yang ada duit tabung juta juta rupiah tu. hihi. *joke*


Tiada ulasan: