Pages

26 Ogos 2011

pengaruh seorang blogger

assalamualaikum...

wah hari ni da masuk hari ke 26 kita menyambut ramadan. kan. tak lama lagi syawal menjelma. dan special day untuk oshin pon akan tiba. special day ? ha satu pertanyaan tu. tapi bukan tu yang oshin nak bebel pepagi nih.

as a blogger, korang sedar tak bila korang ada blog. update entry setiap hari. ping blog kat facebook. ping blog kat group. tinggalkan link dekat kawan kawan. semua tu boleh mempengaruhi seseorang. pengaruh yang macam mana ?

oshin amik contoh diri oshin sendiri oke. memang ikutkan da lama oshin ada blog ni cuma tak aktif macam sekarang nih. semuanya bermula bila oshin tertarik untuk baca blog cik jejariruncing. da nama keje oshin ari ari ngadap tenet kan. terus search blog beliau. dan oshin rajin singgah dan baca setiap entry yang menarik hati sanubari untuk baca.

dari situ oshin terpk napa oshin tak teruskan je blog oshin yang memang da ada tapak. tapi tinggal untuk disiram dan dijaga setiap hari kan. dan dari situ la oshin mula mengikuti perkembangan cik epal, ben ashaari, hanis zalikha, bangku kosong dan ramai lagi.

bila oshin da mula aktif blog ni fesbuk pon macam layan tak layan je. sampaikan kawan kawan pon sibuk tanya napa da slow kat fesbuk. haha. whatever. dan oshin pon rajin ping blog kat fesbuk, twitter dan dalam group. dari situ ada antara kawan oshin da mula berjinak jinak dengan blog. kuat jugak kan pengaruh ber blog nih.

blog kan lebih kepada diari harian kita. jadi apa yang kita lalui dan rasakan kita akan curahkan dalam blog. betul tak ? dan kene kuatla berhadapan dengan risiko risiko yang kita pon tak pasti apa akan jadi satu masa nanti. dan kerana blog ini jugak macam macam oshin da lalui. siap ada yang sanggup bersusah payah cari blog oshin sebab tak puas hati. hmmmm.

tapi terpulang la pada penilaian masing masing kan. masing masing ada pendapat dan niat sendiri bila buat blog. sama ada untuk citer hal peribadi, gosip, blogshop dan lain lain. dan kita janganlah pertikaikan kenapa seorang blogger tu menjadikan blog beliau sebagai ITU. kerana lain orang lain cara lain ragam. boleh untuk menegur tapi biarlah dengan kata yang sopan dan molek. oke !

4 ulasan:

azu berkata...

Blog kita, idea kita, cerita kita..hrp tak ade sape pertikaikan! teruskan usaha blogging ye..
jom singgah2 blog azu ..tentang hari raya..http://azumie.blogspot.com/2011/08/seronok-ke-raya-berdua.html

Anum berkata...

betul2
masing ada pendapat sendiri

Mr.Superman berkata...

ah..taip je apa yg kita rs nk taip. :) dulik kn org lain.nk jaga hati org smpai hati sdri x terjaga nk bt pe kn.

selagi ada nafsu nk taip kt blog,lempiaskn la.x berdosa pun..melainkn mengata org.slmt hr raya oshin. ;) -oshin masih dibloglist lme abg-

oshin berkata...

thanks guy..yup menulis dengan idea sendiri dan cara sendiri lagi mudah dari cara org kan....dan pedulikkan ape org nak kata...bukan blog depa pon :D