Pages

2 Julai 2011

tiada arah tuju

assalamualaikum...

nak tau ke mana oshin pegi sampai 2 hari tak sempat nak hapdet ? haha. oshin pegi mencari pasal tapi takde pasal. haha. mencari jalan kebenaran tapi blur di tengah jalan. haha. paham tak ? tak paham ? takpe. abaikan. haha.

hari rabu malam oshin bertolak ke Nilai umah akak kepada kawan oshin. sebabnya kawan oshin ni ada kursus kat Putrajaya. kami pergi berempat. bertolak jam 8.15 malam. singgah kat masjid Pontian kejap untuk solat Isyak. lebih kurang jam 9 gerak la kami.

berhenti rehat kat hentian Machap mengisi perut yang berkeroncong lagu Ghazal untuk Nilai (tukar tajuk oke!). haha. da kenyang teruskan perjalanan la kan. masa kat satu tempat tu tak pasti la kat mana. ada satu kete ni macam terhoyong hayang tau. mungkin mabuk atau ngantuk kot. orang ni ada bukak signal tapi tak benti. kejap ke tengah kejap ke tepi. seriau kitorang dibuatnya. huhu.

sepanjang perjalanan borak kosong yang diselang seli dengan lawak tak berbayar. haha. macam-macam hal diborakkan. lebih kurang jam 12.30 baru la sampai destinasi. nasib baik tak sesat walaupun jalan malam kan. ish ish. da la semua anak dara. hoho. kami berjaya !

~~~ to be continued 2nd day

naikkan BE lagi yep !

jom tambah $$$ ? KLIK
tambah $$$ lagi ? klik

1 ulasan:

AZRI berkata...

haha
sama la kita tak update 2 hari

jemput oshin join segmen ni

http://azrijohan.blogspot.com/2011/07/cuba-korang-bayangkan.html