Pages

18 Julai 2011

tak mesra pelanggan langsung !

assalamualaikum...

ha. korang tertunggu tak hapdet dari oshin ? tak ? ok takpe. oshin memang suka syok sendiri. haha. jangan marah ye korang. tadi oshin sibuk sikit la.

dalam entry sebelum ni oshin ada cakap kan yang oshin nak jumpa orang. nak pegi amik data untuk kursus. so oshin pergi ngan kawan kawan keje la. kitorang gerak dalam pukul 1.30 petang. naik satu kete jep. jimat sikit.

sampai pejabat tu betul betul ikut time appointment. bila da sampai ofis, oshin ngan kawan macam blur. sebab takde sapa kat kaunter. ada la sorang staf ni tanya. nak cari sapa. oshin sebut la nama pegawai yang berkaitan.

staf tu cakap kitorang terlambat sebab pegawai tu da kuar. aik, dia yang buat appointment tapi keluar plak. macam mana tu ? nak kata kitorang lambat tak pulak. sebab appointment tu pukul 2.30pm. kitorang sampai 2.20pm. awal la tu kan ?

staf tu suruh la masuk satu pintu tu. masuk masuk je kawasan ofis la. da masuk macam orang bodo ja. takde sorang pon yang tegur kitorang. lagi la blur. lepas tu ada sorang staf tanya nak apa. muka cam tak puas ati kan. staf lain tengok kitorang macam ada buat salah. huhu. staf tu soh kitorang dok depan plak.

then datang plak sorang staf bawak dokumen yang kitorang mintak. nasib baik ok akak nih. lembut la jugak ati kan. dia nak cari ape tah kat meja kaunter tu. ada sorang staf tu tapi dijawabnya "saya tak tau la kak. saya bukan jaga kaunter nih. tengok takde orang pon. tak pasal pasal saya terlibat sama" *lebih kurang cam ni la ayat dia* lepas tu dok gayut kat tipon bergosip. hemmmmm.

oshin tak nak la sebut ofis mana kan. tapi kalau macam ni la gayanya mesti banyak komplen kan. huhu. mungkin penat kot masing masing. terpulang la korang :]

1 ulasan:

Nilam suhana berkata...

kan??? kalo g ofis mcm tu memang selalu geram ja kan??? selalu gak kena... tp pk ya kot diorg penat.. huhuhu.. :)