salam sumer...
pagi tadi oshin ada hapdet pasal pegi kenduri kan. tadi oshin sempat amik satu gambar jep. nak borak lama cam tak sempat lak. sebab dia da nak sanding. cantik my fren aka jiran sebelah uma oshin.
sila abaikan budak poyo baju hijau tu oke !
nama pengantin Siti Khadijah binti Mustapha. ni kawan oshin masa sekolah rendah dari darjah 1. tak sangka da jadi isteri orang. hihi. lepas pegi majlis uma pengantin nih oshin terus pergi umah nenek.
masa oshin sampai tu da abis khatam quran nya. tapi makcik makcik yang datang tengah tahlil. kene la masuk ikut pintu belakang. hihi. *ruang depan da penuh* mata pon agak kuyu sebenarnya tapi tahankan.
da selesai tahlil mula tolong hidangkan makanan sumer. riuh jugak la umah kan. sebab pakcik dari kL balik. anak plak kecik kecik. riuh la satu umah. hihi. pakcik yang kat pasir gudang ngan JB pon balik jugak. bila sepupu sepapat da berkumpul memang gelak tak habis la.
ada je lawak merepek sambil dengki mendengki berlaku. usik mengusik antara kami membuatkan hubungan semakin erat dan rapat walaupun jarang jumpa. malam ni kumpul lagi ramai ramai sambil menjamu selera dengan DURIAN. haha.
letak kejap je. tak sampai bape minit da abis 5 biji durian. hebat tak ? haha. penangan durian katakan. jom kita enjoy !!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan