20 Jun 2011

Sultan Johor berjiwa rakyat !

assalamualaikum

selamat pagi u ollsss. okey la. pagi ni oshin nak ready hapdet pasal kembara mahkota Johor 2011.

korang mesti da tau kan. sentiasa hapdet kat paper ngan tv tu. so ari sabtu lepas oshin pergi ke Muar sebab ada jemputan kahwin dari atok sedara. so maknanya pakcik oshin la kawen kan. macam biasa masuk exit Pagoh la.

masa tu oshin memang ngantuk sebab bosan. da sampai tol pon tak nak bukak mata. haha. so masa lalu depan KKBN Pagoh ramai budak berdiri tepi jalan. baru oshin teringat yang Sultan mulakan kembara daripada Muar.

dengan eksaitednya oshin jadi segar balik. sebab nak tengok Sultan tersayang. cewah. masa tu Tuanku tak sampai lagi depan KKBN. so kitorang teruskan perjalanan. so da sampai area Bukit Pasir kereta da mula gerak perlahan. pastu berhenti terus sebab Tuanku Sultan da nak sampai. hihi.

da ready henpon nak amik video. ni la hasilnya.


maaflah quality video agak kureng. huhu. tapi oshin suka sangat sebab dapat tengok Tuanku Sultan dari jarak dekat. anak beliau Tunku Mahkota pon riding sama. peh. ensem beb. gaya maskulin macam ayahanda beliau. cuma tak berapa nak jelas la gambar Tunku dalam video nih. huhu.

oshin ingatkan da habis la konvoi tu. rupanya berderet lagi sampai belakang. ingatkan Raja Zarith Sofia tak follow. rupanya ada kat belakang naik kenderaan rasmi Istana. kebanyakkan kereta yang follow no plat agak menarik. i loike !!! dan masa tengah tunggu konvoi tu abis baru la nampak kenderaan Raja Zarith dan anak yang lain. dan oshin nampak Ku Inah. cantik la.

arini Tuanku Sultan dan kaum kerabat akan datang ke Pontian !!! memandangkan oshin cuti maka oshin tak nak lepaskan peluang nih untuk bertemu muka dengan Tuanku Sultan. baginda akan tido kat Pontian malam ni. Esok pagi baru mulakan semula perjalanan Kembara Mahkota 2011 ke Batu Pahat.

6 ulasan:

zuwaidah berkata...

beruntung kalau dapat tengok secara dekat....bukan senang beb

osHin berkata...

tau takpe....masa ni la nk tengok dekat2

wanie misa amane berkata...

Sultan Johor mang steady kan ? Kalau jumpa TMJ amik gambo sekali ngn dia tau. Heee encem kan dia c(;

osHin berkata...

yup..memang ensem...harap2 dpt la bergambar ngan beliau...ngee

mizzkechique berkata...

dh lm xtgk live kembara mahkota johor sejak jd perantau ni..huhuhu

osHin berkata...

nnti oshin amik lagi video Tuanku oke !