assalamualaikum
seperti yang korang sedia maklum dari semalam oshin sibuk ngan KEmbara Mahkota JOhor 2011 kan. jadi arini pon oshin tak lepaskan peluang untuk sama-sama menyaksikan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar ke Batu Pahat.
pepagi buta oshin da bangun sebab nak ikut ayah pegi ofis. sebabnya DYMM Sultan berlepas berdekatan dengan pejabat ayah. jadi oshin siap pepagi dengan berpakaian baju korporat (konon-konon keje office jugak la) haha.
Sultan Ibrahim bersama Raja Zarith Sofiah, Tunku Aminah dan Tunku Abu Bakar
lebih kurang jam 8.30 pagi DYMM Tuanku bergerak ke hadapan Dewan Jubli Intan dari rumah VVIP untuk acara keberangkatan. nampak segak dan macho membawa motor harimau baginda. Tengku Mahkota juga mengiringi perjalanan KMJ dengan motor beliau. pehhh ensem tu :-)
dari kiri : Tunku Jalil, Tunku Idris, D.O Pontian, Sultan Ibrahim, Raja Zarith Sofiah, Tunku Aminah, Tunku Abu Bakar
*gambar diambil semasa perlawanan bola sepak di antara Pejabat Daerah Pontian dan Team KMJ yang diketuai oleh TMJ
oshin ada amik video keberangkatan baginda tadi. memang best sebab takde halangan langsung kat depan masa tu. clear abis. haha. siap masa tu Tuanku jalan slow plak kan. tetiba cam segan jep bila Tuanku pandang. haha. belakang Tuanku anakanda baginda iaitu TMJ yang paling ensem. mata coklat beb ! tapi oshin upload lewat sikit la video ye sebab BB ni da semput. takleh nak upload sangat. sowi guys ! hihi.
ape-ape pon KMJ kali ni paling menyeronokkan buat oshin. kiranya bertuah la. 20 - 21 Jun 2011 dalam ingatan dan kenangan. Hari Ini Dalam Sejarah !
2 ulasan:
hihihi..ske yea oshin
of coz suka....bukan senang nk jumpa Tuanku kan :-)
Catat Ulasan