mungkin bagi sesetengah orang zaman kanak-kanak paling best untuk dikembalikan. betul tak ? sebab masa kanak-kanak takde pk apa pon. yang kita tau cuma makan, minum, pegi skolah, blaja, mintak duit kat mak ayah, main ngan kawan-kawan. langsung takde masalah nak pk. masalah duit. masalah cinta. masalah keje.
tapi bagi cik oshin detik yang paling cik oshin nak kembali masa belajar kat UTM dulu. first day masuk ada orientasi kan. dan bersyukur bertemu ngan kawan-kawan yang sangat happening dan gile-gile. first day je kitorang da bleh rapat and buat havoc sepanjang minggu orientasi. haha. hampir sume senior kenal kami. *senior kolej la.
then kitorang join Kelab Penyayang UTM. sama jugak masing-masing suke bikin havoc. kacau orang dan mengenakan orang. tapi bila orang kenakan kitorang, kitorang gelak je. haha. geng kami paling kecoh dan tak reti dok diam. opss. lupe lak nak bagitau sapa mereka.
nama kawan-kawan cik oshin tu (panggilan je tau) shuda, mas, nana. ude ngan linda. tapi linda ni kitorang panggil dia laila. sebab ape ? masa first day orientasi tu kawan cik oshin, shuda nak panggil linda nih. tapi terpanggil laila. men hentam je. haha. sejak tu melekat la nama 'laila' sampai skang ni. masa ni kami berenam kire roomate bersama la. cik oshin ngan shuda. nana ngan laila. mas ngan ude.
dan sampai sekarang kami masih lagi berhubung dan kegilaan pon masih sama jugak. cume ude sorang je da kawen. sedangkan masa blaja dulu yang lain paling sibuk ngan boipren. haha.
cik oshin ni memang suke taip panjang-panjang. hope cz dan kawan-kawan tak bosan la nak baca eh :-)
cik oshin nak ajak sume stalker, readers, followers untuk join segmen ni
1 ulasan:
iera..kita 1 group la..ngee
http://faizlaster.blogspot.com/2011/05/segmen-2-blog-oh-blog-aktiviti-2-saya.html
Catat Ulasan