21 Mei 2011

panjangnya tangan ko !!!

assalamualaikum

tak tau camne nak gambarkan perasaan nih. marah. geram. sedih. sakit hati. simpati. entahlah. apa kata korang yang patut tentukan. ish. ish. menggigil satu badan nih bila ingatkan balik kejadian nih.

kejadian ni baru je terjadi tadi. cik oshin nak pergi makan ngan akak and adik cik oshin. tapi sebelum tu singgah kedai kunci jap nak duplicate. ada tiga kunci nak duplicate.

sementara tunggu abang tu buatkan kunci. datang sorang budak laki ni. kebetulan kedai abang nih ada jual wallet laki, stokin, cermin mata. abang ni jugak ada betulkan kasut-kasut terpakai. budak ni datang tengok-tengok barang.

mula-mula cik oshin buat tak tau la kan. tapi terperasan dia amik satu wallet nih. dia belek-belek pastu letak tepi. cik oshin da tak sedap ati. cik oshin menghadap la arah dia. muka dia da tak keruan. cik oshin pon buat-buat tak pandang jep.

terus dia masukkan wallet dalam baju. sabar je la hati ni tengok kan. dia buat muka tak bersalah jep. bila abang tu da siap buat kunci. cik oshin tegur la adik nih. 'dik, letak balik wallet tu'. dia macam bengang gak la kene tegur. bila abang tu pandang terus dia keluarkan dan letak balik wallet tu.

abang tu bagitau cik oshin. memang da biasa budak tu buat keje macam nih. bila abang tu sibuk buat kunci dia datang curi wallet yang dijual. abang tu pon da tak larat nak marah and tegur. cik oshin macam tak puas hati jugak la. kalau dibiarkan memang makin menjadi la kan. nasib baik cik oshin tegur je. kalau repot ke polis camne ? punah masa depan budak nih.

paling menyedihkan budak yang mencuri ni budak melayu. ya Allah. apa la nak jadi ngan budak nih kan. kenapa lah mak ayah dia biarkan. kalau ye pun susah jangan lah mencuri dik. sedihnya. sedih sangat. huhu.

2 ulasan:

cikmima berkata...

ish biar btul nie....xbek la mcm tue

osHin berkata...

betul...tak tipu...depan2 mata budak ni buat...huhu