assalamualaikum
cik oshin tak pasti la korang ni jenis yang alert dengan isu semasa atau tak. hehe. tapi rasanya semua alert kan. so kalau alert cik oshin nak tanya. korang tau tak pasal kampung wifi ? apa. wifi pon tak tau. emm. kalau tak tau buat-buat la tau ye. haha. meh cik oshin bagi sikit penerangan. sikit je tau.
kalau korang perasan la kat tv, radio, suratkhabar mesti penah dengar kan pasal wifi. kat shopping complex pon ada. macam kat starbuck, McD, kfc. diorang letak tanda 'WiFi ZOne'. tipula kalau korang tak perasan kan. ish. ish. nampak sangat tak alert. so cik oshin nak ce cite pasal kg wifi nih.
mungkin kebanyakan pengguna dan rakyat rasa ni salah satu kebaikan untuk mereka. terutama yang duduk di kawasan luar bandar. kirenye diorang pon da lebih kurang cam orang bandar la. tak ketinggalan macam depa suma kan. sekurang-kurangnya bila org bandar ada facebook diorang pon leh eksyen ada fb gak. haha. tapi korang pk tak keburukan dan rasional ada nya kg wifi.
bagi cik oshin yang hampir setiap masa menghadap komuniti luar bandar ni. terasa jugak byk keburukan dari kebaikan. napa ? korang bayangkan eh. bila budak2 nih baca kat suratkhabar pasal video lucah sesapa. mesti diorang simpan perasaan ingin tahu jugakkan. so bila adanya kemudahan wifi open air nih. kat mana-mana diorang leh bukak and tengok. kalau jenis berotak dan guna ngan baik takpe jugak. dapat budak tak cukup umor pastu pegi praktikkan. tak ke naya ?
kalau diorang online kat tempat keje cik oshin ni. at least ada jugak pemantauan kan. tapi kalau guna wifi nih. sapa yang nak pantau. entah-entah depa lagi advanced dari kita bukak macam-macam kan. tak sempat kita nak angkat kaki selangkah ke arah diorang. cepat-cepat die tekan huruf X kat hujung belah kanan tuh. kalau yang pandai tu leh la cek balik kan. macam mana ? eh tak leh bagitau la. sapa yang da tau diam-diam je eh. nanti pandai plak depa pegi delete sume tuh. haha.
memanglah kemudahan ni ada baiknya. tapi sebelum nak dijalankan buat la survey dulu. tanya la pihak kami ni yang sentiasa menghadap kerenah komuniti. yang oke memang oke. yang tak reti nak bersyukur, tak reti beradab, tak reti nak bersopan. ish. ish. kami yang jadi mangsa. yang atas tau nya bagi arahan dan mintak macam-macam. kami ni ? menerima arahan, mencari maklumat. mendapat cacian, makian. tebalkan muka. tebalkan telinga. tapi ada korang kisah ? takde kan. kesian kami. kalau la ada kenaikan gaji ataupun bonus sejuk la jugak hati ni. tapi ni tak de ape pon. huhu. *ziipppp
2 ulasan:
zaman sekarang ni zaman it.. memang dah berlambak wifi free kann..
untuk kawasan bandar mungkin da biasa...tp utk komuniti luar bandar agak baru bg diorang...dan perasaan excited tu boleh merosakkan diorang...
Catat Ulasan