29 Mei 2011

nak join tak ?

assalamualaikum

tetibe kan cik oshin jadi macam baik hati + penyayang + murah hati. *memang penyayang pon. (tangan ke dada mata juling ke atas)

cik oshin bukan nak buat segmen ke apa la. cuma cik oshin terpikir nak buat satu perjumpaan antara blogger. hihi. tapi area-area selatan la kalau boleh.

tapi cik oshin tau majoriti area ibu kota kan. yang otai-otai pon banyak kat kL dan kawasan sekitar. cik oshin ni kat selatan. nak ke sana memang agak payah jugak. memandangkan cuti hujung minggu da dimansuhkan. *nangis sambil tekup muka kat bantal.

cik oshin nak tau jugak. siapa antara blogger kat sini dok area selatan. angkat ketiak. erkk. camne tuh. hihi. mungkin kita boleh lepaking sesama kan bila-bila ada masa. tapi kompem ramai yang leh lepak hujung minggu kan. kalau jadi perjumpaan ni cik oshin sanggup apply cuti awal-awal untuk luangkan masa ngan korang. cewahhh.

kita buat gathering kecik-kecik je dulu kan. kenal antara satu sama lain. ada yang setuju tak ? kalau ada meh drop komen kat peti besi cik oshin ye. nanti kita talking-talking lebih lanjut lagi :-)

p/s : selatan tu antara johor ngan melaka la. ok ka ?

6 ulasan:

Cik Azizah berkata...

negeri sembilan boleh join tak..ekeke

osHin berkata...

kalau boleh turun nak join apa salahnya :-)

suha berkata...

cik suha kat nilai(^_^)
saje jek nk sebok menkomen

osHin berkata...

kalau masa tu free leh la join skali ye :-)

alongxp berkata...

buat je... klu sy ade kesempatan,sy join...

osHin berkata...

nampaknya ada sambutan kan...rasa semangat plak nak buat...hihi