Pages

25 Mei 2011

kemaluan ku di kemuncak

assalamualaikum....

mak aih. tajuk post tak agak-agak. da makin gatal skang ni cik oshin. babap kang baru tau. hoho. mintak ampun. mintak maaf. sila fahamkan isi entry dulu baru babap oke. ngee.

cenggini citenye. tak tau la apa yang da jadi arini kat cik oshin. nak kata tak sedap ati tu takde plak. hati cam biasa berlagu riang dan enjoy sentiasa. walaupun ada kebosanan waktu berkerja. haha. first thing yang terjadi arini bila satu hp cik oshin mati tetibe. hp mati ? bukanlah. bateri hp kong. padahal pagi tu cam penuh je kan. haish. sabor je la.

so disebabkan hp da takleh nak on. cik oshin amik keputusan untuk balik ke umah waktu rehat tengahari jam 1 petang. sambil tu nak mengisi perut yang kosong. kalau tak silap la cik oshin tak menjamah sebutir nasi pon dari hari semalam. hanya makan roti, popcorn (masa tengok wayang), minum nescafe, minum air kotak teh yang kuning tu ngan makan gula-gula. memang tak sentuh makanan berat. nasib baik la tak kene gastrik. kalau tak kenela MC esok. wakakakaka.

macam biasa cik oshin pon drive kete menuju ke jalan yang benar aka umahku syurgaku. masa perjalanan dalam 20 minit. tiba kat satu lampu isyarat (skemanya..) cik oshin berhenti la. napa ? lampu merah nak. kenelah benti kan. tengah melayan perasaan tu tetibe enjin kete mati. adoiyai buat hal plak kete nih. cik oshin try start banyak kali. still jugak tak hidup. dengan muka yang cool dan control cun masa tu cik oshin tekan la button hazard light and bukak pintu kete.

terus call ayah cik oshin. nasib baik la time tu ayah tak balik umah lagi. ofis pon dekat ngan tempat kejadian. dan-dan jep lampu hijau masa tu. ape lagi cik oshin kene hon la. tapi buat muka tak tau je. haha. macam orang tak bersalah je kan. dengan matahari terpacak atas kepala, kete plak kat tengah-tengah jalan. memang tak leh nak gerak la. jalan utama plak tuh. hadoi. bila ayah da sampai tu tunggu plak mekanik. cik oshin tunggu ayah dekat 5 - 10 minit. tunggu mekanik dekat setengah jam. hadoi. melekit ketiak weh.

bila mekanik sampai die pegi amik trak tunda jap kat bengkel. pastu tarik la kete tu ke bengkel. masa tu nak kata malu pon macam takde perasaan. memang cik oshin rasa cool gile la. dalam hati sempat bebel. "eleh, macam la korang tak rasa apa aku rasa. kalau tak penah rasa nanti ko akan rasa jugak satu hari nanti" haha. kejam tak? pengalaman paling mengharukan dan memalukan jugak la dalam hidup selama 24 tahun 11 bulan 9 hari. haha. kalau korang kene apa nak buat eh ?

p/s : nak beli hadiah untuk ayah sempena Father's Day ? jom tengok SINI. cantik-cantik tau :)

2 ulasan:

Farah Shamsudin berkata...

syiannya oshinn.. panas pulak tuu.. takpe.. sabar kan..

oshin berkata...

yup...sabar je la...benda nk jadi kan...hihi