5 Mei 2011

bunuh sana bunuh sini

assalamualaikum

kat mana-mana pon kite dengar pasal kes bunuh kan. di mana saja. ada je orang kene bunuh la binatang kene bunuh la. entah apa nak jadi manusia sekarang nih. kat mana la diorang letak hati tu. da buat operation ke letak kat kaki. haish. *mode geram nih.


kebanyakan yang membunuh nih sebab desakan hidup. tak caya ? cuba korang belek-belek surat khabar takpun godek-godek pc/laptop/netbook tu cari kat tenet. kisah anak yang sanggup tikam mak sebab tak nak bagi duit untuk beli dadah. BELI DADAH oke ? ape la nak jadi.

dah la muda lagi. nak kata cacat nampak normal jep. cukup kaki cukup tangan. opss. otak dia tinggal separuh kot. huhu. Allah da bagi otak tu gunakan lah betul-betul. cari la keje. banyak kot keje dalam Malaysia nih. *itupun kalau tak demand la. hehe.


kes lain plak antara suami isteri. bila kantoi salah sorang curang mulalah nak menggelupur tak tentu pasal. kalau laki yang memang sah-sah ada panas baran memang naya la bini tu dikejekan. ada yang kene simbah asid la. kene tikam la. macam-macam cara diorang buat untuk lepaskan marah.

yang si isteri plak bila da hilang pertimbangan. leh plak pegi potong anu si laki. adoi. kesian betul la. *erk terlucah jap. entah betul ke tak si laki curang tak tau la kan. kalau betul nasib la si laki tu. tapi kalau silap adoi memang kesian la. bukan takat si laki kot yang kene serang. silap-silap pompuan ketiga tu pon kene sama. huhu. orang pompuan ni kalau mengamuk memang tak leh dijangka.


itu yang dalam realiti. kalau dalam alam maya pon leh tahan gak. contohnye kat pesbuk tu. kite leh tengok ada antara kawan kite dalam fren list tu berbalas kenyataan ngan orang lain. kalau yang baik ayatnya tak pela gak. ni maki sana maki sini. tapi kebanyakkan yang cik oshin tengok budak-budak tak cukup umur la. haha. budak baru nak naik kan. ikut darah muda. nak mengamuk and cari pasal jep.

lebih hebat bila ada kes cabar mencabar. lepas tu set masa and tempat jumpe gaduh-gaduh kuar pisau men tikam-tikam. tamat la riwayat beliau. huhu. masalah yang digaduhkan tu pon kecik jep sebenarnya. kes boipren layan komen pompuan lain. hoho. men rebut-rebut boipren/gurlpren. adoiyai. adik-adik. spm pon tak lepas lagi. tak yah la nak gedik manja cari pakwe makwe. tak ke mana pon. belajar rajin-rajin dapat result gempak pastu keje bagus-bagus. senangkan mak ayah yang da banyak berkorban tu dulu baru pk hal lain. oke ?

wah. cik oshin nak jadi pakar nasihat tak bertauliah la plak. choi. sendiri pon lom tentu betul. huhu. *bukan marah tapi nasihat. ngee.


2 ulasan:

Hanie Puteri berkata...

Zaman skrg dah mmg cmtue . takot jugak knnn ? ='(

osHin berkata...

nk buat macam mana...da tertulis suratan begitu caranya dia pergi...kite tak dapat tolak ketentuan takdir kan...huhu