Pages

20 Mei 2011

... aku diperhati seseorang

.......... continued

lebih kurang jam 10 pagi tak silap. abg cik oshin gerak balik ke kedah. cik oshin dan family lain menuju ke kL. da janji ngan adik cik oshin yang tunang aritu jumpa kat sana. *umah abg cik oshin kat sunway. ngee. mula-mula berhenti kat mana ntah. kononnya nak tunggu adik cik oshin. tapi lama giler kot. dekat setengah jam ke satu jam. mata cik oshin da nak tertutup. haha.

then gerak pulak tunggu tempat lain. kat simpang depan mid valley nak ke arah kL. tapi yang lawaknya adik cik oshin pergi masuk zon A mid valley. haha. susah-susah sangat ayah cik oshin soh drive ke arah sogo. tapi takde la ke sogo pon. cuma benti kat tepi jalan jep. so da jumpa tu pergi park kete kat tempat parking.

dari dua kete jadi satu kete. nasib baik badan masing-masing macam cicak kobeng. haha. kurus melidi jep. takdelah sempit sangat kot. so plan aritu pergi cari goodies untuk majlis perkahwinan adik cik oshin nanti. jumpa la kedai cenderamata kat jalan lengkok raja laut. memang rambang mata tengok barang-barang dia.

lupe plak nak gitau. nama kedai nih DC Fashion Enterprise. kedai ni jual pelbagai jenis beg. memang cantik-cantik. kalau ada yang berminat nak buat cenderahati untuk majlis ape-ape atau hadiahkan pada sesapa. pergilah kedai nih. memang rambang mata korang. hehe.

da dapat apa yang dicari. kitorang pergi makan. ada satu cite lawak la. *pada cik oshin je kot. adik laki cik oshin nak simpan barang kat kete. ayah pon bagi la kunci kete. adik ni pergi la sorang-sorang ke kete. punye la lama tunggu dia simpan barang. nak kata tak tau tekan kunci rasa da tau sangat. pastu dari jauh nampak dia lambaikan tangan panggil cik oshin. dalam hati ni da geram la. matahari terpacak atas kepala plak tu.

cik oshin pergila ke arah adik nih. amik kunci nak tekan button. rupa-rupanya ayah cik oshin salah bagi kunci. kitorang masa tu pakai kete saga. ayah cik oshin bagi kunci kete vios. haha. tepuk dahi adik cik oshin. wakaka. terpaksa patah balik mintak kunci lain. ayah tersengih je. hahaha.

lepas tu pergi makan kat kedai nasi beriani kot. masuk dalam tu semua pak arab da. 99% lelaki. pekerja dia je 2 orang perempuan. masuk je kedai tu da macam orang wanted tau. sumer pandang. seriau jep ati. huhu. masa ni kononnya nak pegi OU jumpa Lisa Surihani. tapi disebabkan tersekat dalam jem and nak cari barang terpaksa cancel kan. huhu.

.......................... to be continued again :-)

let's eat Chupa Chup :-)

it's heaven here :)

5 ulasan:

Anyss Syuhada berkata...

hai kak,dah tukar template ea?btw,nice..hehe..adik kak oshin dah nak kawen..akak bile lagi..hikhik..

Tanpa Nama berkata...

huhuhu...salah bagi kunci tu tak tahan

oshin berkata...

anyss : lepas ke review pasal background aritu terus try yg lain...hehehe akak tunggu anak raja dtg..muahaha

cutie : tau takpe...nasib baik takde org kat keliling...

EimaruSi|ence™ berkata...

yah, kedainya jual barang2 kawen ke?mahal tak?

oshin berkata...

takde la..cume jual barang2 sourvenier bg tetamu je...