8 April 2011

pemandu tiada adab !

kenapa segelintir pemandu kat Malaysia ni takde adab ek. macam jalan kat Malaysia ni die yang punye. geram betul la. tak kire la pemandu kete ke pemandu motor ke pemandu lori. sume lebih kurang je. paling aku hot pada pemandu motorsikal yang berlagak cam bawak ferrari. haish. membazir kerajaan sediakan ruang untuk diorang lalu kat kawasan motor tu. tapi nak jugak juga jalan gedabak besar untuk kenderaan ringan dan berat. ko da tak sayang nyawa ke. aduh. nanti kalau kene langgar salahkan pemandu lain. sedangkan die yang buta hati huruf tak pandai baca papan tanda tepi jalan tuh. @_@


ni plak salah satu pemandu yang takde manner. geram betul aku. aku da benti betul-betul kat line trafik light tu. belakang aku memang da kompem la ada kete que tunggu lampu hijau. yang driver pikap ni plak sesuke ati potong que terus cilok depan aku. peh. menyirap air sirap darah betul. tak pasal-pasal kenderaan lane kiri yang nak belok terpaksa mengelak dari die.

depan aku plak ada makcik bawak motor. nak belok ke kanan jugak. bile da hijau tu jalan la. kesengalan driver pikap ni memang 100% sengal la kan. da tau belakang tu ada orang bawak motor, ko amik la lane kiri bagi laluan kat motor nih. die tak nak mengalah pegi amik lane kanan jugak. nasib baik makcik ni tak langgar bontot die. menggigil jugak aku tengok makcik ni bawak motor. cian makcik.

kepada pemandu pikap JMH8116 tolong hormat pemandu lain di jalan raya oke. kalau rasa tak nak sayang nyawa tu ingat-ingat la kepentingan nyawa orang lain. diorang ada keluarga jugak bukan ko je. maaf kalau ada terkasar bahasa. Peace No War !

p/s : jangan lupe Vote 'Oshin Iera' kat sini eh. KLIK

Tiada ulasan: