25 April 2011

nak terjun bangunan ari ni !!!

assalamualaikum !!!

arini cik oshin nak terjun bangunan !!! sangat tension lar. huhu. dah ler tinggal sendirian tanpa teman kat umah nih. takde teman jadi bual bicara. haish. ape ko merepek pepagi nih. adik pegi skola. wajib la kan. beliau nak spm tahun ni. tak leh ponteng-ponteng. mak ayah pegi honeymoon ler. haha. tetttt. bukanlah. mak cik oshin ada kursus kat PD. jadi sebagai suami yang mithali dan menyayangi si isteri, ayah cik oshin amik cuti teman mak cik oshin kat sana. *romantik gitu. hehe.

eh tadi kan tension. ni nak jiwang bawang plak. nak tau sebab ape ? korang tengok la yep.

 


broadband cik oshin da hampir sampai limit. *makin lembap nih.

gaji lambat lagi. haish. puasa online la memalam cenggini. memang da semput abis nih. tambah plak lagi satu masalah. yang buat cik oshin rasa betul-betul nak terjun bangunan ni !


astro plak buat hal. tak faham la kenapa ? nak kata hujan terang benderang umah cuaca kat luar nih. terpaksa la berkorban semalam tak dapat tengok mentor. nak tengok Salma T__T. memandangkan BB pon slow tahap gaban cik oshin dapat tengok dashboard je la.


part dashboard nih memang laju je die bukak. tapi kalo nak view blog peh cam siput kene sedut seribu kali tapi tak nak jugak kuar T__T. kesian la kat cik oshin nih. hilang seri muka cik oshin arini dan hari-hari seterusnya. hahaha.

p/s : memang nak soh cik oshin jadi budak rajin la tu. kemas umah. main masak-masak. cuci umah. dan sewaktu dengannya. haha. cik oshin seorang yang pemalas




4 ulasan:

SANDRA AZWAN berkata...

Jangan terjun banggunan....tak elok..hehehe;-)

osHin berkata...

tak jadi terjun kalau dapat baju baby doll dari Sandra Azwan...hahahaha

EimaruSi|ence™ berkata...

yah, kalau nak letak pic kan, yah pilih ape yang nak snap kat monitor.
Then click button 'PrtSc' kat keyboard belah kanan atas. Button tuh combine dengan 'SysRq'

Then bukak paint/microsoft power point, click 'Ctrl+V', nanti pic tadi terus ade kat paint tadi. then simpan guna format jpeg or png. Kalau guna power point, yah click kanan, cari 'save as picture' pastuh save macam biasa.

nak crop pic, boleh guna power point atau microsoft picture manager. Tatau nanti call ima k?

Ini lagi better, gambar terang daripada kita snap gune fon...

Ni contoh pakai kaedah print screen:
http://eimarusilence.blogspot.com/2011/04/malunya-bila-orang-malaysia-dicop-theft.html

Kalau nak crop pic ikut gambar yang kita nak je, pergi ka

osHin berkata...

@eima : terlupe la nk print screen...men snap je pakai hp pastu transfer...edit sket terus upload...hahahha