semalam cik oshin ada baca satu blog ni post kan entry pasal retis yang kene tangkap khalwat tuh. mesti korang tau kan sape? nak tau cite lanjut. leh tengok kat SINI. dalam story tu kononnya si lelaki tak dapat datang mahkamah sebab sakit. tapi paper arini plak kuar kenyataan yang lelaki ni ada buat program untuk televisyen. mana satu yang betul ni? ish. ish. ish. nak bagi alasan tu biarlah yang betul.orang yang baca pon leh tau korang ni bersalah atau tak.
sumber : Harian Metro
KUALA LUMPUR: “Saya dalam dilema, tak pergi (mahkamah) salah, pergi pun rasa bersalah,” kata pelakon Suhaiza Suhaimi atau Memey, 23, berhubung kegagalannya menghadiri perbicaraan kes tuduhan berkhalwat tiga tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, kelmarin.
Memey yang terbabit dengan penggambaran drama, Timah Labuci di Bahau, Negeri Sembilan tidak dapat hadir ke mahkamah kerana pihak produksi enggan melepaskannya.
Menurut Memey, dia berbincang dengan pihak produksi drama berkenaan sebelum tarikh perbicaraan berlangsung, namun mereka (produksi) berkeras tidak membenarkannya kerana akan mengganggu kelancaran sesi penggambaran.
“Saya jadi serba salah, jika saya hadir juga ke mahkamah, ia akan menyusahkan pelakon lain dan kru produksi, sekali gus mengganggu sesi penggambaran memandangkan saya pelakon utama drama terbabit.
“Jangan salah faham, saya bukan sengaja tidak mahu ke mahkamah, tetapi apa saya boleh buat. Kedua-duanya penting, sama ada kes mahkamah dan berlakon, namun saya terpaksa mengutamakan kerjaya terlebih dulu,” katanya ketika dihubungi semalam.
Sebelum itu, kata Memey, dia juga menghubungi peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan bagi memaklumkan dia tidak dapat hadir ke mahkamah berikutan pembabitannya dalam penggambaran drama.
“Saya sedar orang akan salah faham, kebetulan pula Norman (Mohamed Norhakim Zaidon, 35) turut tidak dapat hadir sama. Apapun, semua yang berlaku bukan kami sengajakan, ia berlaku disebabkan komitmen kami pada kerjaya,” katanya.
Norman pula menjelaskan, dia lewat hadir ke mahkamah kerana terbabit dengan program siaran langsung Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 untuk mempromosi drama terbarunya, Keranamu Laila, pagi kelmarin.
Dia memaklumkan kelewatan itu tidak disengajakan dan memberitahu, selepas selesai program dia bergegas ke mahkamah, namun sebaik tiba jam 10 pagi prosiding sudah berakhir.
Mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap Memey dan tunangnya, Norman berikutan kegagalan mereka hadir ke mahkamah tanpa alasan kukuh.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 29(1) (a) dan Seksyen 29(1) (b) Enakmen jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan