24 Mac 2011

.:: impian yang masih diimpikan ::.

hi my LOVE. how r u today? opss. sapa my LOVE tu? hehe. of coz la bukan boipren baru tau. korang la my LOVE. yang kononnya cam suka baca post kat blog yang ntah ape-ape ntah kan. hek. what ever lah !

lama tak hapdet entry yang mula nak bercapuk nih. kali ni nak citer skit tentang impian aku untuk miliki sesuatu barang neh. aku ni bukanlah kategori orang-orang yang suka beli tak tentu pasal. kecuali MAKANAN. yang ni memang takleh elak. always nak beli je. haha.

first thing yang aku nak share kan. aku nak henpon baru. memang la skang ni ada dua henpon (berlagak la konon). satu tu aku pakai SE. takkan la nak tukar plak kan. baru pakai dua tahun. still elok lagi. one more henpon aku pakai nokia cikai. zaman muda-mudi dulu. nokia 6230. lama kan. hehe. memang still elok cuma casing da terkopak. wakakaka. so pk-pk nak cari yang baru la. tapi takdelah sampai nak iphone kot. yang biasa-biasa pon oke. janji leh call, mesej, klik-klik, gosip-gosip pon oke. haha. nak beli ape ek ?

barang kedua yang aku impikan adalah laptop. urmm. skang ni macam-macam ada kan. paling kecik ada paling besar pon ada. tapi memandangkan dulu aku ni blaja tentang komputer so agak cerewet sket la benda ni. kalo ikutkan sebenarnya takdela pandai mana. tapi tau la sket-sket tentang perisian ngan perkakasan dia. takdelah HEBAT pon ! haha. still lagi rujuk pada kawan-kawan and orang yang lebih berpengetahuan.

the best part of my dream ! aku gilakan kete sporty weh. lagi-lagi bila aku nampak satu artikel pasal satria neo R3. gile gempak la weh. kecur air liur aku nengok kete nih. oh my LOVE. aku nak sangat beli kete nih. tapi parent aku kata orang kedekut je beli kete nih. reason ? kete ni dua pintu. haha. maknanya aku hanya benarkan beberapa orang je yang naik nanti. wakaka. nak buat camne kan. dah ni minat aku. nak jugak !

this one is one of the important thing that i have to think. masa bujang ni la kita kena kumpul aset kan. especially girly gurl cam aku nih. ahaks. yela. kite tak tau jodoh ngan sapa. orang nya camna kan. mana la tau (mintak dijauhkan) dapat bakal asben yang kedekut, selalu berkira, suke guna kuasa veto sorang suami. apa yang kita nak sume tak dapat. so apa salahnya kan kite cari sesuatu yang boleh jamin masa depan kita sendiri tanpa perlukan bantuan org lain. insyaAllah perkara ni dalam proses untuk dijalankan. doakan yang terbaik ye my LOVE !

opss..tetibe je ada gambar BAIM WONG. apa kaitan ngan impian aku? aku impikan untuk kawen ngan dia? oh tidak ! tapi kalau betul pon tak salah kan. haha. sebagai gambar hiasan je pon. aku inginkan seseorang yang boleh menerima aku seadanya. menyayangi, mencintai, menjaga, menghormati, TAK kuat cemburu, humor, boleh membimbing aku (bukan aku bimbing dia), dan sentiasa melindungi aku dari ape pon. kalau ensem tu extra point la. hehe. dan tibe-tibe aku teringatkan arwah tiap kali tengok BW nih. huhu. semoga dia tenang di sana. insyaAllah. ape-ape pon buat masa skarang ni, agenda mencari boipren, pakwe, skandal dan sewaktu dengannya takde lagi dalam list. aku nak capai yang atas-atas tu dulu. insyaAllah.

Tiada ulasan: