Pages

24 Februari 2011

.:: step by step of my day ::.

Assalamualaikum w.b.t.

Salam pembuka bicara. chewah. tetibe je nak bermadah-madah bagai plak kan. haha. jangan marah ea. aku tingtong sket petang-petang cenggini. muahaha. ape ntah yang aku nak merepek kali ni ek. urmm. korang layan je la ea.

satu hari ku termenung sendirian..
mengenang nasib diri yang masih sendiri tanpa kekasih hati di sisi..
mengimbau kenangan lama bersama si dia yang nun jauh di seberang laut..
adakah dia masih mengingatiku seperti aku yang masih teringatkan dirinya..

peh. jiwang tak hengat oke ! haha. jangan muntah plak. kalau nak muntah cepat-cepat cari plastik. tapi sekarang kan tengah kempen kurangkan penggunaan plastik. (sempat plak wat iklan). haha. so, ape kata korang buat senaman ringkas. lari 50cm ke tandas sebelah bilik depan dapur umah korang. haha.


oke. oke. sambung ce cite. hik hik hik.

walaupun dalam hati ini terselit sejuta kerinduan...

ku gagahkan jua untuk tersenyum...
ku kuatkan jua hati untuk terus bergembira...
segala kesedihan dan kekecewaan tersemat padu di dalam sanubari...

.chewah.

agar insan lain hanya melihat segaris senyuman di wajah...
tanpa temui garisan luka di dalam hati...

senyuman ini akan terus terukir...
tak kira buat siapa pun yang aku temukan...
namun di dalam hati hanya DIA yang Maha Mengetahui segalanya...

renungan mata yang penuh bermakna...
mungkin ada yang mampu membacanya...
mungkin ada yang ingin mengetahui segala rahsia...
namun, biarlah semuanya rahsia...
bak kata Dato' Siti Nurhaliza...
~BIARLAH RAHSIA~

mungkinkah satu hari nanti...
segala impian ini akan tercapai...

.INSYAALLAH.

segalanya telah ditentukan oleh-Nya...

.namun.

biarlah aku sendiri kini...
mencari ruang-ruang kehidupan buat diri...
meneruskan kehidupan yang penuh ranjau dan liku...

.dan.

mengubah diri menjadi lebih baik dari hari ke hari...

sekiranya ada insan lain yang hadir...
mencuba untuk mengisi kekosongan hati...
biarlah masa yang menentukan segalanya...
bukan menolak takdir dan bersikap terlalu memilih...

.namun.

diri ini terlalu banyak dosa dan kekurangan...
yang perlu diubah dan dibaiki...
masih memerlukan masa dan ruang...
untuk kekuatan hati...

.dan.

memulakan kembali proses sama seperti dahulukala...

proses ape tu ?

*oke. part ni da takde jiwang. aku membebel je. haha.

ala. macam la tak paham korang nih. mula-mula usha-usha. pastu tegur-tegur. pastu mintak nombor tipon. dah mesej-mesej sambung calling-molling. pastu ajak jumpe. pastu date. pastu declare. bercinta sakan. lepas tu tak pasti. sama ada berkekalan atau putus. kalau kekal, alhamdulillah. kalau putus ? alamatnya ulang balik proses sama. penatnya nak pujuk hati ni yang asyik terluka.

coret-moret : di sini aku da mula merapu bagai. coretan hanya suke-suki oke! kalau rasa menyampah leh tekan butang X kat penjuru atas belah kanan. kalau menyampah gak leh block terus. haha. eh, blog pon leh block-beblock ke. whutever~~~~




Tiada ulasan: