20 Mac 2016

Pengalaman Mendewasakan

Assalamualaikum,

Lama dah tak mencoret kat sini. Terasa tiada idea nak bercerita walhal banyak sangat yang nak share. Sejak bergelar tunangan orang ni, alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. So far, tiadalah bergaduh teruk ke lancar perang lelama ke. Hehe. Semoga semuanya bertahan lah sampai bila-bila.

Syukur alhamdulillah bila Oshin dipertemukan dengan seorang lelaki yang sangat memahami. InsyaAllah Oshin doakan semoga pilihan Oshin ni yang terbaik untuk hidup Oshin dan keluarga. Oh ya, kalau korang nak tau, family Oshin ada maklumkan yang muka tunang Oshin ni hampir serupa dengan ayah Oshin. Hehe. Kiranya kalau jalan sama-sama, orang akan nampak macam dia pulak anak ayah bukan Oshin. Kah!

Oshin mula kenal dan pernah rapat dengan tunang 12 tahun lepas. Lepas putus cinta tu dah kurang berhubung. Adalah tiga bulan sekali baru tegur. Siapa sangka, 10 tahun perkenalan, kami jumpa pertama kali dan terus berkenan. Cewahhhh. Semoga berkekalan. Amin.

Pengalaman lama memang memberi pengajaran. Apa silap yang pernah kita buat dulu Oshin perbaiki sikit demi sikit. Ye lah, orang kata nak yang terbaik kenalah diri kita sendiri yang mulakan. Mana boleh orang lain tolong ubah untuk kita. Ye tak? Belajar cara menerima teguran, turunkan ego, perbanyakkan sabar dan kurangkan merajuk. Hehe. So far, tunang Oshin ni seorang yang sangat penyabar, dan terima Oshin seadanya.

Terima kasih, Mr S a.k.a my beloved Fiance. Sama-samalah kita jaga hubungan ni dan saling melengkapi antara satu sama lain. InsyaAllah.

Tiada ulasan: