Pages

6 Ogos 2015

Muntah Berterusan

Assalamualaikum,

Masuk hari ni dah hari ketiga Oshin kerap muntah. Entah kenapa pun tak tahu. Kawan-kawan suruh amik mc dan pergi klinik je. Tapi kat rumah memang dah ada ubat untuk dimakan. Jadi, Oshin malas jugak nak ke klinik. Hehe.

Tak pasti lah sebab apa. Mungkin juga tiga hari lepas Oshin makan banyak sangat jadi angin dalam badan ni tak boleh nak terima. Kalau dah kahwin tu bolehlah suspect mengandung. Ye dak? Haha. Tunang pun belum apatah lagi kahwin. Memang tak lah nak mengandung tetiba kan.

Badan pun macam dedar sikit macam nak demam. Tapi Oshin kuatkan diri jugak untuk pergi kerja macam biasa. Agak rasa tak kuat dan selesa, Oshin rehatlah kejap. Mungkin kena berurut agaknya badan ni. Ada lagi ke orang-orang lama yang boleh tolong urut eh. Carilah nanti.

1 ulasan:

Anum berkata...

ala sianyaaaaaaaaa