23 Jun 2015

Bila Sakit Masa Puasa

Assalamualaikum,

Korang sihat tak?

Oshin tengah flu dan batuk. Aish. Dugaan sungguh bulan puasa ni.
Sama macam tahun lepas jugak.

Tapi rasanya lagi teruk tahun lepas sebab sampai tahap muntah seharian.
Tak tahulah sebab apa.
Masa tu nak sahur.
Mak Oshin tengah panaskan lauk dan Oshin terbau terus rasa mual.

Kalau orang dah kahwin mungkin boleh kata mengandung, kan.
Hahahaha.

Ni kahwin pun tak, tetiba nak mual dan muntah.
Memang flat habis satu hari tu.
Rasanya Oshin tak puasa kot.
Nak kerja pun tak larat.

Tahun ni punya penangan.
Demam masih tak kunjung tiba.
Tapi dia punya selsema dan batuk tahap menangkap kepala ni.
Berat je kepala ni.
Bawak kereta pun teragak-agak.

Harap sihatlah hendaknya esok lusa.
InsyaAllah.

1 ulasan:

Normi Nieza berkata...

moga cepat sembuh...aamiin