19 November 2014

Pengalaman Di Gym

Assalamualaikum...

Ohoiii, cuti panjang ni rasa heaven uols. Heaven sampai tak tahu nak buat apa kat rumah ni. Hehe. Berangan nak cuti-cuti Malaysia tapi bila tengok dompet, menangis kejap. Pasal bulan ni adalah bulan paling banyak berbelanja untuk kesayangan. Tak lah kisah sangat sebab memang perlu untuk keluar belanja tu. Hehe.


Konon nak jadi sado lah macam kesayangan. Hehe. Tapi tak boleh lawan dia sebab dia dah lama main gym. Oshin ni baru nak berjinak. Untuk jaga kesihatan dan stamina. Cewahhhh. Padahal baru main sekali ni.

Oshin pergi ni pun sebab ada akak sekerja memang seorang yang rajin workout. So bila dah ada yang starting mestilah semangat sikit nak join. Hari ni baru first day. Dekat 2 jam jugak dalam ni. First thing, lari atas benda ni.


Then, try buat sit up. Cara je dah salah. Haha. Tapi beginner kan jadi kenalah buat pelan-pelan. Lepas lari kat treadmill tu serius melayang kejap. Hehe. Kaki longgar jangan cakaplah. Elak pengsan je tadi. Haha. Nasib okay je.

 

Guna alat ni best. Memula exercise kaki dulu. Lepas tu baru tangan dan kemudian buat dua-dua sekali. Yang ini untuk bina kekuatan tangan dan kaki. Yo yo o je penerangan Oshin ni. Kalau orang yang biasa pergi gym guna pastu baca apa Oshin taip kat sini komfem kena gelak kaw-kaw. Jangan viralkan eh korang. Huhu.

Banyak lagi Oshin tak guna kat gym ni. Best lah sebab takde orang sangat datang. Lepas tu siap ada ruang untuk wanita. Jadi tak lah segan sangat kan. Lepas ni, ada waktu terluang nak pergi lagi. Seronok pula ke sini sebab rasa rilek, sihat dan dapat keluarkan peluh yang dah lama terkepam dalam badan ni. Hehe.

Mesti ada antara korang yang teringin nak pergi gym kan? Haaaa carilah kawan yang sekepala dan tak segan nak mencuba. Tak salah mencuba untuk kesihatan badan kita kan.

2 ulasan:

Normi Nieza berkata...

good luck eira..:)

Nurzakiah Hanum berkata...

singgah pagi
hari ini bz skit
nak mengemas kat office