Pages

1 Oktober 2014

Staf Hotel Songlap Duit Parking!

Assalamualaikum.

Oshin dah habis kursus. Yeah! Meh nak story sikit-sikit sepanjang kursus 2 minggu baru-baru ni. First kejadian yang rasa cukup menambah rasa tak best pergi kursus. Bhahaha.

Sebab Oshin drive ke Puchong maka hari bekerja kenalah bayar parking kan. Ala, masuk syiling je kat tiang meter tu. Jenuhlah mencari syiling uols. Esoknya plan lah tinggal kereta kat hotel dan naik van je ke ofis. So, nampaklah notis sesiapa yang nak pihak hotel bayarkan parking kena sediakan RM4.00 untuk tempoh sehari.

Malam tu Oshin pun siaplah kira-kira syiling RM4 sebab nak mintak tolong staf hotel ni bayarkan nanti. So, pagi tu tinggalkanlah syiling dan nombor kereta kat receptionist. Hati pun senang naik van dan pergi training sampai ke petang.

Balik training terus masuk bilik dan rehat kat bilik. Pagi esoknya Oshin drive kereta pergi training sebab tengahari nak balik Johor attend kelas. Oshin ambillah tiket parking. Nak tau berapa staf ni bayar?

RM3.00 SAHAJA!!!

Mungkin korang rasa seringgit tu tak banyak mana kan. Tapi pada Oshin boleh jadi isu sebab kita amanahkan kat dia. Dahlah masa Oshin cakap nak minta tolong tu, dengan muka kerek suruh Oshin bagi syiling siap-siap sebab dia takde duit syiling. Pfftttt! Terbakar juga mood pagi-pagi tu.

Ingat kita ni tokey syiling ke hari-hari nak cari untuk bayar parking. Huh! Sakit pulak hati kita ni. Sejak kejadian tu Oshin drive je kereta pergi training sebab tak nak jadi lagi macam tu. Staf pun bukan mesra alam pun. Muka ketat je tiap kali keluar masuk hotel. Huhu.

Tiada ulasan: