19 Ogos 2014

Chinese Look vs International Look

Assalamualaikum...

Semalam Oshin teman akak cuci rambut kat saloon. Sekali cuci RM20. Pada Oshin mahal sikitlah sebab biasa dalam RM7 - RM15 je bila cuci. Tapi yang sedapnya bila aunty ni urut kepala dan badan. Sedap woooo.

Mau dekat 40 minit gak dia cuci rambut. Makin nipis lah rambut gua. Huhu. Siap blow rambut, aunty ni kabo. Katanya muka Oshin ni chinese look. Kakakaka. Siap tanya ada tak sesapa yang tegur dan cakap macam tu. Oshin kata kecik-kecik orang kata macam anak Jepun adalah.

Nak jugak angkat bakul weh.
Hihihi.

Lagi tak boleh blah bila aunty ni kata muka Oshin ni International Look. What??? Sangat tak tercerna dalam otak ni. Hihihi. Celah mana pulak dia nampak. Bak kata si dia, celah gigi je. Cettt. Membuli memang feveret kamu kan.

Tapi sengih-sengih je la orang cakap macam tu kan. Hihi. Korang jangan muntah pink pulak baca ni. Kbai.

1 ulasan:

Nurzakiah Hanum berkata...

x muntah2