28 Mac 2014

Kita Semakin Jauh

Assalamualaikum,

Setiap perubahan insan yang rapat kita boleh rasa.
Termasuk kamu.
Orang yang ku anggap sahabat.

Mungkin panggilan itu hilang dari kamu.
Tapi aku masih anggap kamu begitu.

Aku lihat kamu bahagia.
Alhamdulillah.
Aku senang.

Walau kita makin jauh.
Aku sentiasa ingatkan kamu.

Walau whatsapp dan mesej tak berbalas.
Aku tau kamu terima.
Walau komen tak berbalas.
Aku tau kamu baca.

Terima kasih atas kenangan bersama dulu.
Kenangan singkat yang cukup bermakna.
Semoga kamu semakin bahagia.

Tiada ulasan: