Kenangan,
Satu momen indah untuk dikenang,
Memori indah,
Mampu buat aku tersenyum bila sendirian.
Namun,
Mampu terpadam kerana satu kesilapan,
Buat hati terluka,
Buat hati kecewa.
Aku,
Perlu kuat untuk melangkah,
Perlu tabah menghadapi dugaan,
Walau sakit dihati ditanggung seorang.
Kamu,
Terima kasih di atas kenangan,
Terima kasih di atas layanan,
Terima kasih untuk segalanya.
Berbahagialah kamu dengan si dia,
Insan yang lebih layak disampingmu,
Aku lihat kamu bahagia,
Aku lihat dia terbaik untukmu.
Biarkan aku pergi,
Mencari kekuatan diri,
Menghilangkan segala rasa yang ada,
Agar aku dapat lupakan kenangan yang ada.
...Aku doakan kamu bahagia dan sentiasa gembira disamping insan tersayang...Jagalah hatinya...Cintailah dia...Sayangilah dia sepenuh hati kamu...Kehadiran aku tidak diundang...Pergilah kamu bersama dia...Aku akan pergi dan terima kasih untuk semuanya...
4 ulasan:
amin :)
insyallah..
tabah menghadapi dugaan..
redha... pasti ada yang terbaik buat kita...
Catat Ulasan