Pages

6 Februari 2014

Kuala Selangor : Kelip-Kelip Bukit Belimbing

Assalamualaikum,

Destinasi utama selain ke Bukit Melawati adalah tengok kelip-kelip. Sepanjang menuju ke homestay di Sekinchan, Oshin perasan ada dua tempat kelip-kelip ni. Satu di kawasan pekan Kuala Selangor iaitu Kampung Kuantan manakala satu lagi di Bukit Belimbing.

Memandangkan kami stay di Sekinchan dan Bukit Belimbing adalah paling dekat, maka ke sanalah kami. Satu pengalaman baru sebab sebelum ni tak pernah saksikan keindahan makhluk Allah satu ini.

Selamat Datang!

Model? Memang tak lah. Booo...

Harga Tiket

Monyet ni menakutkan

Dirasmikan Tun Mahathir pada tahun 1999

Keselamatan penumpang diutamakan

Ikutkan ada snap gambar kelip-kelip ni (walaupun dilarang untuk ambil gambar) namun hasil mengecewakan bila gelap je. Haha. Hampa jugak lah sebab tak dapat nak kongsi dengan korang.

Harga Tiket :
RM15 - Dewasa
RM8 - Kanak-kanak
(satu trip lebih kurang 20 minit)

Masa Pelayaran:
7.00pm - 9.30pm

Jaket keselamatan disediakan.

Sangat mengagumkan bila dapat tengok dengan mata sendiri. Pemandangan yang sangat cantik dan bak kata ayah Oshin, macam pasang lampu raya kelip-kelip tu je. Haha. Kalau ke Kuala Selangor bolehlah ke sini okey!

Tiada ulasan: