18 November 2013

Makan Mengalahkan Lelaki

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kenyang sudah baru lepas makan malam. Malam ni ayah ajak dinner kat luar sebab nak jumpa kawan dia sekali. Jadi lepas maghrib kami tiga beranak keluarlah. Mak pulak berkursus jadi tinggallah Oshin, ayah dan adik bongsu.

Order lah nasi putih, ikan tiga rasa, kupang masak blackpepper, kangkung belacan dan sotong goreng tepung. Nak amik gambar memang tak dapatlah sebab lampu kat kedai tu agak malap jadi lupakan niat nak tengok gambar. Haha.

Nasi dia bagi memang membukit. Serius penuh sepinggan dan kalau tengok memang awal-awal lagi set dalam kepala tak habis ni. Tapi Oshin berjaya habiskan ! Oh yeaaa. Oshin sorang perempuan tapi Oshin je berjaya habiskan semua nasi. Tiga yang lain masih ada tinggal nasi sejemput kat pinggan masing-masing. Petua nak habiskan nasi banyak ? First perut kena betul-betul lapar. Lepas tu jangan minum air selagi nasi tak habis. Hahaha.

Family Oshin memang tak amalkan makan bersulam air. Sebab tu perut memasing kempis. Ececeh. Puji family sendiri lak. Hehe. Tapi Oshin tak tipu sebab memang kitorang tak minum air kalau tengah makan. Kecuali kalau tersedak atau ada yang tak tahan pedas lah. Rasanya memang jarang lah nak minum kecuali sebelum makan dan lepas makan. Korang pun amalkan lah ye.

1 ulasan:

Pha Is berkata...

mmg dulu arwah ayah marah kalau makanbersulam air.. katanya nnti nafas tak panjang, susah nk baca alquran.. hehehe