28 November 2013

Gua Penakut Okey

Assalamualaikum...

Tajuk entry nak ganas. Heh. Ganas sangat ke ? *TDDMKA*

Seriously, Oshin memang penakut uolsss. Jadi disebabkan sifat penakut ni ada lah kawan-kawan suka dengki hantar video seram kat whatsapp. Wuuuu sampai hati korang kan.

Penakut Oshin ni makin menjadi pulak sejak akhir-akhir ni. Gara-gara seorang kawan Oshin pernah cerita pasal benda tu kat rumah dia. Mana tak nya rumah dia dekat je dengan rumah lama Oshin. Siapa tak seram oi kalau satu kawasan perumahan kan. Nak balik ambil barang pun seram satu badan.

Kena pulak beberapa hari lepas, satu peristiwa terjadi. Oshin masuk bilik lepas keluar makan dengan family. Duduk atas katil sambil online kat hp. Tetiba terdengar tingkap bilik diketuk. Manalah tak takut sebab sebelah rumah Oshin ni masih baru nak dibuat rumahnya. Aishhh potong stim betul nak online. Teruslah keluar bilik dan tidur kat ruang tamu. Hamekkk.

Satu lagi sebab yang buat Oshin seriau sangat, kes rumah kena masuk tahun lepas. Memandangkan dua rumah jiran Oshin pernah kena pecah masuk dalam beberapa minggu lepas, buatkan Oshin jadi tak selamat walaupun pintu dan tingkap semua berkunci. Perompak sekarang bukan kira ada orang takde orang kat rumah. Datang gila semua nak pecahkan. Huhu.

Buat bakal suami tu, terimalah seadanya diriku yang penakut sangat ni. Haha. Elak rimas je kang dapat isteri nak berkepit sakan sebab penakut. Lol.

...tak sabar nak jumpa anak buah tersayang, Faiq dan Fahd nak balik esok. ready fizikal dan tenaga lah melayan si abang yang makin banyak bercakap. hehe...

2 ulasan:

Huny eda berkata...

biasalah tuh sifat manusia..saya pon kekadang ada rasa takut juga..xox0

Rai Ourkizuna berkata...

saya lagi takut dengan manusia dari takut hantu sekarang ni.. kot manusia ni dia buat gila macam oshin kata tu.. haru.. huhu..