Pages

9 Oktober 2013

Siapa Yang Bertanggungjawab Sepenuhnya Pada Anak ?

Assalamualaikum,

Oshin nak kongsi satu kisah yang terjadi berdasarkan luahan seorang nenek tentang susah payah beliau menjaga cucu nya. Bukan bermakna Oshin nak letakkan salah pada sesiapa cuma ingin kongsi cerita dan minta pandangan serta pendapat dari kawan-kawan yang lain.

Nenek yang Oshin kenal ni berniaga. Yela kita pun tau warga emas terutamanya di kawasan luar bandar walaupun dah berumur tenaganya bagaikan sentiasa ada. Tak lekang dengan kerja yang nak dibuat hari-hari. Kadang anak-anak ajak duduk bersama pun mereka masih fikir haiwan peliharaan di kampung serta sawah bendang yang akan terbiar disebabkan tiada yang jaga. Kan ?

Nenek ni menjaga dua orang cucunya yang masih bersekolah. Yang seorang tu sekolah menengah dan seorang lagi sekolah rendah. Yang tua ni tiada masalah sangat bab pergi sekolah cuma jadi masalah sikap yang suka keluar rumah sampai maghrib menjelang. Jarang nak membantu nenek bila di rumah dan leka dengan gajet yang dibeli ibu bapa. Si adik pula bermasalah bila suka sangat ponteng sekolah. Bila ditegur dia akan lawan balik cakap neneknya. Sampai tahap sanggup sembunyikan baju dan kasut sekolah sebab tak nak pergi sekolah. Hmmm.

Kat rumah makanan sentiasa penuh dalam peti ais. Kerana sayangkan cucu, nenek ni selalu masakkan walau badan penat baru balik berniaga. Tapi si cucu ni suka keluar dan cari makanan di luar. Hasilnya, makanan yang dimasak tu terbiar dan dibuang sebab basi.

Mesti korang tertanya mana mak ayah diorang kan ?

Ayah mereka ni bekerja tapi ibunya surirumah. Kenapa tak jaga ? Oshin pun tak pasti dan tak tanya lebih. Mungkin dia perlukan rehat agaknya jadi hantar anak-anak duduk kampung. Tapi Oshin marah jugak sebab anak-anak dia bermasalah dan menyusahkan ibu yang dah tua di kampung. Langsung tak ambil peduli. Cuma bila anak-anak inginkan sesuatu pasti dibelikan. Mungkin inilah dikata manjakan anak tak bertempat.

Kadang Oshin terfikir. Orang yang dah ada anak selalu sia-siakan anugerah yang Allah bagi. Tapi orang yang belum dikurniakan anak, bermacam-macam ikhtiar dilakukan untuk dapatkan zuriat. Manusia ni memang tak bersyukur. Sepatutnya anak-anak tu di bawah tanggunjawab ibu bapa. Takde masalah nak hantar ke kampung tapi sekurang-kurangnya ambil la tahu dan kurangkan beban orang tua yang dah tak mampu nak fokus pada cucu-cucu tu.

Dunia oh dunia :(

5 ulasan:

sitirohaida berkata...

betul tu oshin...yang takde anak nie macam2 usaha buat,.,.tapi tak jugak berhasil...geram kalau orang buang2 anak nie..xnak bagi orang macam akak nie yang nak sangat..

oshin berkata...

anak dah besar2 kak... parent tak nak jaga huhu kesian nenek tu :(

PearlKaz berkata...

pendapat saya, yang sepatutnya biarlah ibu bapa dia sendiri yg jaga anak2 diorg. tiba masa ibu bapa belajar cmne susah payah jaga anak. beri masa utk nenek lebihkan beribadat pula.. hurmm..

Cik Nor berkata...

blh plk mcm tu..mak tak kerja tp anak srh org lain jaga..huhu

oshin berkata...

kaz & k.normi : tu la..patutnya ibu bapa kena amik peluang ni bila ada anak tapi diorang tak nikmati peluang tu huhu