Assalamualaikum,
Sejak deactivate akaun sosial ni Oshin macam blur tak tau nak buat apa. Sebab ? Kalau dah hari-hari terbiasa dengan segala benda ni, bila tetiba takde mestilah blank kan. Itulah yang terjadi. Tapi Oshin cuba positifkan diri untuk cari sesuatu yang boleh happy kan diri.
Kalau dulu selalu fokus hanya pada laman sosial dan update blog semata-mata, tapi kini Oshin ada masa untuk blogwalking lebih banyak. Bukan tak blogwalking sebelum ni cuma sekadar singgah dan baca tanpa tinggal komen. Kali ni Oshin boleh singgah dan tinggalkan komen kat blog korang. Best tak ? Haha. (tak lah best mana kan).
Bila dah blogwalking tu Oshin akan luangkan masa untuk baca entry korang yang lepas-lepas yang Oshin tak pernah kisah. Maaf ye. Itulah akibat terlalu taksub dengan laman sosial kan. Kahkahkah. Jenis Oshin tak suka notification banyak-banyak so tiap kali noti masuk cepat-cepatlah bukak. So tiap kali nak baca entry korang, noti masuk jadi cancel terus. Haha.
Oshin akan singgah mana-mana yang tinggalkan komen dan jenguk blog mereka. So, bila baca mestilah akan bertambah ilmu, tambah kawan. Satu lagi, bila takde laman sosial ni kurang jugak stress. Sebab kalau bukak facebook dan twitter tu kerjanya nak stalk profile orang je. Haha. Nampak tak permainan dia. :p
Then kalau stress atau ketingtongan datang of coz Oshin merapu ntahapehape kat situ. Kerana tu jugaklah buat Oshin close account. Ahhh bila fikirkan balik memang takleh fikir dah. Tapi teruskan je lah niat walau hakikatnya Oshin rasa tak perlu sampai buat macam tu. Entahlah its more better lah macam tu. Oshin kena cari bahan baru untuk dibaca dan dikongsi dengan kawan-kawan.
#NotaKaki : Dua hari ni perut tak sedap dan sekarang pedih ulu hati. Sobs. Kepala macam dah penuh angin je ni. Huhu.
14 Oktober 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
huh...dah deactive akaun sosial...
Yup...da deactivate dua2 akaun huhu
Catat Ulasan