25 Oktober 2013

Nak Join Tapi ....

Assalamualaikum..

First Oshin nak ucapkan terima kasih pada sesiapa yang sudi tag Oshin untuk join GiveAway dan Contest. Mana yang Oshin perasan cepat plus ada masa insyaAllah Oshin akan join. Tapi jadi masalah bila sekarang ni Oshin dah tak guna Facebook dan Twitter.

Kebanyakkan GA dan Contest memerlukan kita untuk like fanpage dan follow twitter tapi Oshin tak dapat nak penuhi syarat-syarat yang dinyatakan. Oleh itu, maaflah buat sesiapa yang menjemput atau penganjur sebab sah-sah Oshin tak dapat nak sertai.

Mana tau bila Oshin join lepas tu tak penuhi syarat tetiba tercalon sebagai pemenang. Mesti ada yang kurang puas hati kan. Jadi ada baiknya Oshin tak join. Tapi rasanya semua yang join tu ikut ke syarat panjang berjela tu. Hehe. Kalau Oshin lah, bila sesuatu GA atau Contest yang memerlukan like or follow page yang berpuluh atau berbelas memang tak lah nak join. Hehe. Jujur ni.

Oshin takkan like or follow kalau rasa tak nak. Jadi tak lah penuh newsfeed dan timeline kita kan. Semoga kawan-kawan yang join GA dan Contest tu akan bertuah ye. Hadiah yang tersedia pun menarik sangat. Enjoy your day !

Tiada ulasan: