Pages

2 Oktober 2013

Alhamdulillah Fateh Dah Sihat

Assalamualaikum,

Seperti yang uols tahu, Oshin baru dapat anak buah baru last week kan. Nama diberi Muhammad Fateh Al-Aiman bin Fauzi. Oshin panggil dia Fateh je. Kesian dia sebab hari keempat lepas keluar dijangkiti penyakit kuning. Perkara biasalah untuk anak kecil baru lahir kan.

Tadi adik Oshin maklumkan yang hari ni dah boleh keluar. Fateh dimasukkan ke wad pada hari Isnin lalu lepas misi datang rumah untuk buat check up. Awal tu misi jangkakan bacaan dalam 10 je. Tapi bila bawa ke klinik berhampiran rupanya 13.6. Jadi dinasihatkan untuk dibawa ke bahagian kecemasan hospital.

Apa lagi adik ipar Oshin bergegas lah bawa ke hospital. Tapi baiknya Fateh dia tak nangis pun. Sedap je tidur kat lengan gebu baba dia. Hehe. Kesian sangat bila tengok kena cucuk amik darah lepas tu kena drip. Aduhai kita yang dah dewasa ni pun penakut dengan jarum kan. Apatah lagi anak kecil baru lahir ni. Dahlah kulit halus je. Adik Oshin dah berjurai air mata tengok anak kena cucuk. Huhu. Yelah hati seorang ibu ni memang sensitif kan.

Tak sabar nak kacau dia balik ni. Semoga Fateh akan kekal sihat sampai bila-bila. Amin.

3 ulasan:

Cik Nor berkata...

alhamdulillah..:)

Unknown berkata...

alhamdulillah.. tahniah.. taun ni Nina dpt 3 anak buah.. sepasang twin dari abang dan 1 baby dari akak

AenuMiza berkata...

iman dulu pun masuk wad...nk nagis mak x kasi kena tabah..cz dlm pntang xleh nagis2 sgt..sebulan kuning iman, sbln jugak dia kena cucuk kaki..smpai dh lali x nagis pun..skang dh cergas blari je keje ye...hihihi