Pages

27 Ogos 2013

Salah Tempat Exam T____T

Assalamualaikum,

Hari ni merupakan hari pertama Oshin final exam untuk sem 3 ni. Memandangkan Oshin bertolak dari rumah, maka awal-awal pagi Oshin dah gerak. Lebih kurang jam 7.30 pagi Oshin mula keluar. Semalam Oshin dah print sekali slip menduduki peperiksaan dan tau lah nak exam kat Perpustakaan Raja Zarith Sofiah.

Dengan yakinnya drive masuk ikut pintu gerbang biasa UTM tu. Lepas tu dah rasa pelik sebenarnya sebab kenapa tak banyak kereta. Sampai kat library Sultanah Zanariah Oshin perhati kosong. Terus terdetik dalam hati, "Eh, salah tempat ke?"

Kalau korang tengok nama perpustakaan tu pun dah boleh agak Oshin salah tempat kan. Bhahaha. Memang pun ! Terus Oshin call kawan kelas tanya kat mana T_____T

Rupanya Oshin kena ikut pintu baru UTM yang kat jalan ke Senai tu. Ikut dalam boleh jugak tapi susah sikit kot. Masa tu dah 8.50 pagi. Oshin exam 9.00 pagi ! Berdesup lah pandu kereta. Tapi tak boleh nak desup sangat sebab UTM banyak bonggol ! Haha. Nasib baiklah senang nak cari sebab kat pintu masuk awal-awal tanya adik guard. Hehe.

Masa sampai tu ada classmate Oshin pun baru sampai. Sama lah kitorang susah cari tempat. Sampai je dewan exam semua dah mula. Lepas tu dah masuk lambat kenalah duduk paling depan sekali. Oh ya, hari ni Oshin exam paper English. Karangan nak kena baca 4 muka surat uols. Dah lah kepala senoneng sebab kepenatan cari tempat exam. Tarik nafas dalam-dalam dan baca doa baru boleh jawab. Harap lecturer baik hati lah masa tanda nanti.

Esok dan lusa ada lagi paper. Lepas tu cuti 2 minggu dan minggu depan nak ke Perak tengok pengantin !

Buat Duit Dengan Google Adsense
Buat Duit Dengan Youtube
Ebook Mentor Jutawan bersama Irfan Khairi

2 ulasan:

Cik Nor berkata...

good luck eira..:)

sitirohaida berkata...

ORG JB KE..good luck dik eh./.