Pages

21 Ogos 2013

Game Yang Awesome Kat Jay Bee !!!

Assalamualaikum...

Alkisah dah beberapa hari benda ni nak update tapi dah terupdate cerita braces dulu plak. Hehe. Sabtu lepas Oshin takde kelas sebab dibatalkan awal-awal oleh Pensyarah. Jadi sempatlah bertandang ke majlis perkahwinan rakan sekerja. Petang macam biasa terus gerak ke Pulai Perdana rumah sepupu. Tapi sepupu Oshin takde pergi Singapore jadi Oshin diamanahkan untuk jaga dua anak dara beliau yang tinggal kat rumah. Memandangkan yang sorang tu bekerja maka Oshin keluarlah dengan sorang lagi anak buah cari makan.

Venue pilihan ? Oshin ke Angsana dan mencari apa yang sedap dimakan. Jadi anak buah nak cuba Imano's Cafe. Selalu juga dulu ke sini dengan family tapi dalam beberapa tahun ni dah tak pergi. Menu yang dipilih ?

Ni pilihan Oshin

Ni pilihan anak buah

Dah kenyang perut dan Angsana pun dah nak tutup kami pun keluarlah. Lepas tu ingat nak balik rumah tapi masih nak berjalan melihat pemandangan kononnya. Anak buah cadang pergi ke Bazar Karat. So Oshin ni seumur hidup tak pernah lagi jejak kat bazar karat tu. Nak juga skodeng apa yang ada kat sana kan. Oshin drive ikut laluan Danga Bay. Sepanjang laluan kereta berderet kiri kanan jalan. Pelik juga Oshin kenapa banyak sangat kenderaan. Nak kata orang buat open house macam takde.

Dari jauh Oshin nampak lampu berkelip-kelip dan sangat mengujakan. FUN FAIR ! haha. Itu pun nak over reaction kan! Bukan apa, Oshin jadi macam excited nampak game dia. Dan-dan terus tukar fikiran nak pergi sana. Kalau tengok game dia memang teruja. Menakutkan plus boleh buat gugur jantung. Kat mana ? Dinamakan Country Garden berhadapan dengan Hotel M-Suites JB.

Kat situ pemadangan dia ala-ala Sentosa, Singapore. Bolehlah datang untuk ambil gambar dan abadikan kenangan pernah jejak kaki kat situ. Tempat yang ada fun fair ni adalah Euro Fun Park.

Pintu Masuk

Bayaran Masuk :

Dewasa - RM 4.00
Kanak-kanak - RM 2.00

Ini bayaran masuk je. Untuk main permainan kat dalam ni kena beli token. 1 Token = RM 2.00 . Seingat Oshin paling banyak pun diperlukan 6 token tapi tak ingat game apa. Oshin hanya main satu game je iaitu Top Gun. Seronok ? Memang seronok tapi taubat tak nak naik lagi. Wakakaka. Choi macam nak melayang nyawa uols. Lagi-lagi bila duduk kat atas tu dengan kepala ke bawah. Badan ni dah lah keding memang terangkat macam nak terjunam jatuh. Wuwuwuwuwu. Seram baq hang !

Top Gun

Mengigil Oshin lepas turun dari seat tu. Komfem kat mana-mana lepas ni Oshin tak nak naik lagi. Haha. Walau dicabar pun Oshin tak nak naik ! Walau ditemankan pakwe ke suami ke tetap tak nak naik ! Serius taubatlah. Lebih rela naik train kat USS tu.

Satu lagi game yang buat perut Oshin memulas bila tengok, bawah ni !


Oshin tak ingat nama dia. Tapi game dia yang ada buai tu. Bila naik dia akan pusing laju-laju dan kita macam nak terbang. Kita yang kat bawah ni memang seramlah takut ada yang terpelanting ke apa kan. Mintak dijauhkan. Rasa nak mencuba tu ada tapi tak berani dah lepas naik top gun tu. Bhahaha. Oh ya, untuk top gun tu diperlukan 4 token setiap sorang dan ada had ketinggian ye. Minimum ketinggian adalah 129cm. Jadi adik-adik yang bawah umur memang tak lepaslah melainkan anda tinggi melidi. Hehe.

Jadi jangan lepaskan peluang merasakan kelainan di sini ! Ada lagi game lain tapi Oshin tak sempat snap sebab kecut perut tengok game yang ada. Bagi peminat patung, bolehlah cuba nasib untuk dapatkan patung gedabak kat sana. Hehe. Selamat mencuba !

2 ulasan:

Cik Nor berkata...

bestnya,,..:)

Anum berkata...

:)