16 Julai 2013

Tips Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Assalamualaikum...

Setelah ramai yang bertanya di sini Oshin kongsikan sedikit maklumat tentang peperiksaan untuk Pegawai Teknologi Maklumat yang akan berlangsung pada 27 Julai 2013 ini. Oshin pun cari kat Google je dan alhamdulillah jumpa.

Seperti yang anda tahu, peperiksaan ini mengandungi 3 seksyen :-

1) Seksyen A - Pengetahuan Am
2) Daya Menyelesaikan Masalah
3) Esei Bahasa Inggeris

Seksyen A : Pengetahuan Am

Calon hendaklah mengetahui secara umum mengenai bidang teknologi maklumat dan komunikasi, keselamtan ICT, pentadbiran kerajaan dan isu-isu semasa. Soalan yang dikeluarkan akan ditarafkan mengikut peringkat pengetahuan dalam bidang ICT bersesuaian dengan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang IT.

Contoh Soalan :

Malaysian Cyber Security Agency (MCSA) telah ditubuhkan pada tahun 2006 dengan tujuan menangani masalah keselamatan komputer internet di Malaysia. Sebelum tahun 2006, MCSA dikenali sebagai

A Malaysian Computer Emergency Response Team. (MyCERT)
B. Government Computer Emergency Response Team. (GCERT)
C. National IT Security Emergency Response Center. (NISER)
D Jawatankuasa IT Untuk Internet kerajaan. (JITIK)

Yang manakah bukan merupakan Enjin Carian Internet?

A Mozilla Firefox
B Microsoft Bing
C ASK.Com
D Google

Orang perseorangan yang melakukan jenayah komputer ialah

A Sci-fi techie.
B Debugger.
C CRT bug.
D Hacker.

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

(i) Kemahiran Logik

Gunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir dan kemahiran mengaplikasi maklumat tersebut.

Contoh Soalan :

Sebanyak 12 keping kad berlabel seperti berikut dimasukkan ke dalam sebuah beg. Jika sekeping kad dicabut keluar secara rawak, apakah kebarangkalian untuk mendapat kad bertanda A?

S A T U M A L A Y S I A

A. 5/12 
B. 2/6 
C. 1/4
D. 1/3

Teknik Menjawab :

Jumlah semua kad = 12 keping
Jumlah kad bertanda A = 4 keping
Kebarangkalian kad bertanda A dicabut = 4/12
                                                             = 1/3

(ii) Kemahiran Menginterprasi Data

Penyelesaian masalah menggunakan perangkaan. Digalakkan untuk menggunakan graf, jadual dan lain-lain bagi memudahkan calon untuk menjawab.

Contoh Soalan :

Jadual berikut menunjukkan bilangan pengunjung ke sebuah taman tema pada cuti Hari Malaysia tahun lepas. Sekiranya seorang pengunjung dipilih secara rawak, cari kebarangkalian pengunjung yang dipilih adalah seorang kanak-kanak.

Bilangan Pengunjung Lelaki Perempuan
Dewasa               52         68
Kanak-Kanak       104        136

A. 1/3
B. 2/3
C. 1/4
D. 2/4

Teknik Menjawab :

Jumlah pengunjung = 52 + 68 + 104 + 136 
                                    = 360 orang
Jumlah pengunjung kanak-kanak = 104 + 136
                                                        = 240 orang
Kebarangkalian pengunjung kanak-kanak dipilih = 240/360 
                                                                           = 2/3

(iii) Konsep Matematik

Merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik ini tidak melebihi sukatan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Proses penyelesaian masalah mengaplikasikan konsep-konsep Matematik dalam SPM.

Contoh Soalan :

8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain) berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut? 

A. 28
B. 49
C. 56
D. 62

Teknik Menjawab :

8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 (8x7) permainan. Tetapi setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah

8x7/2 = 28
                
Seksyen C : Esei Bahasa Inggeris

Masa : 1 jam
Bilangan soalan : 3 soalan tapi jawab 1
Panjang Esei : Bilangan perkataan tidak dihadkan

Seksyen ini bertujuan untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaian berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Diharap dengan penjelasan yang sedikit ni dapat bantu Oshin dan rakan-rakan yang akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Semoga semua dapat lulus dengan cemerlang. InsyaAllah.

Credit : PANDUAN PEPERIKSAAN
Satu lagi contoh soalan : PANDUAN PEPERIKSAAN

3 ulasan:

Nurzakiah Hanum berkata...

good luck

Normi Nieza berkata...

good sharing

ila berkata...

Good Luck