Pages

23 Julai 2013

Tahniah Sahabat Dapat Anak !

Assalamualaikum...

Seorang sahabat Oshin, Noraini telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam. Alhamdulillah keduanya sihat dan bayi sangat comel. Oshin excited sangat sebab boleh dikatakan permulaan percintaan dengan suami dia Oshin tau. Hehe. Bukan kepochi okay.

Nak kata tau dari mula tu tak la. Tapi boleh kata first date dia Oshin la saksi. Ececeh. Masa tu kira double date la. Oshin ngan pakwe Oshin dan Nonie ngan pakwe dia. Tapi tempat lain-lain lah. Haha. Tapi jodoh Oshin tak panjang dengan pakwe tu. Redha jemah. Hehe.

Percintaan diorang diuji masa pakwe Nonie exciden. Agak teruk jugak sebab motor hancur. Tapi alhamdulillah Allah masih sayangkan Siena. Selepas beberapa tahun diorang bertunang dan bernikah lepas tu. Oh ya, Nonie asal Terengganu dan Siena dari Melaka. Masa majlis kahwin tu Oshin pergi yang kat Melaka lah sebab dekat sket. Hehe.

Sekarang dah jadi ibu ayah dedua. Alhamdulillah seronok sangat tengok perjalanan percintaan diorang. Semoga berkekalan hingga akhir hayat. Oshin sayang Nonie !

p/s : nanti Oshin datang tengok babh eh ♥

1 ulasan:

Cik Nor berkata...

tahniah..:)