Pages

4 Julai 2013

Keputusan Exam... Ehemmm

Assalamualaikum..

Semalam Oshin sengaja melayari laman web Universiti untuk ambil tahu tentang keberadaan kelas untuk hujung minggu ni. Seperti yang sedia maklum, sekarang ni Oshin dah kembali sambung belajar di UTM Skudai untuk Pengajian Jarak Jauh atau PJJ. Oshin amik part time sebab masih bekerja kan. Alhamdulillah dah selesai satu sem. Rasa sekejap masa berlalu.

Kelas yang bermula pada 16 Febuari dan tamat pada 1 Jun lalu kemudian menjalani peperiksaan final pada 7, 14 dan 21 Jun lepas. So far Oshin masih boleh membahagikan masa antara kerja, belajar dan kehidupan. So dalam laman web tu memang ada link untuk kita tengok keputusan peperiksaan. Oshin suka main tekan-tekan walau hakikatnya masa tu tak pernah amik exam lagi. Haha.

Semalam bila tekan Oshin tengok ada keputusan terpapar. Rasa terkejut sebab setahu Oshin result akan keluar pada pertengahan Julai ni. Rasanya keputusan tu belum di finalized kot. Dapat berapa ? Hehe. Alhamdulillah Oshin ucapkan. Syukur sangat walaupun apa yang Oshin impikan tak tercapai. Tapi Oshin tahu ia satu permulaan yang baik untuk Oshin. Banyak berita gembira yang Oshin terima dalam dua hari ni. Alhamdulillah Allah masih sayangkan Oshin walau Oshin dah terlalu banyak dosa padaNya.

Dalam kegembiraan, Oshin dapat khabar seorang teman sedang sakit. Dah lama Oshin tak jumpa beliau sebenarnya. Semoga Allah lindungi dan panjangkan umur beliau. Buat Azizul Hasimie @ Jijul , Oshin doakan agar Jijul cepat sembuh dan kembali ceria seperti dulu.

2 ulasan:

Anum berkata...

amin :)

Cik Nor berkata...

aamiin