Pages

20 Julai 2013

Kelas Habis Awal

Assalamualaikum...

Hari ni kelas pertama Oshin untuk dinamika Malaysia. Kali ni terlambat datang pula. Huhu. Gegara rehat kat rumah hilangkan rasa nak pitam dulu sebab Oshin nak drive kan. Jadi kenalah pastikan kesihatan stabil baru boleh memandu. Alhamdulillah selamat sampai.

Pensyarah Oshin untuk semester pendek ni semuanya perempuan dan sempoi. Macam pensyarah hari ni orangnya memula nampak garang dan tegas. Tapi jangkaan meleset sama sekali sebab beliau sangat lah lembut percakapannya. Permulaan kelas beliau perkenalkan diri dan serba sedikit tentang keluarga dan sejarah pekerjaan.

Nampak sangat muda dan jangkaan dalam 30 something tapi nak tau tak anak sulung beliau dah 25 tahun ! Woaaa sangat tak sangka ! Yang kedua dah berumur 22 tahun dan ketiga 16 tahun. Anak sulung beliau lelaki dan dua lagi perempuan. Yang kelakar bila beliau sebut je pasal anak gadis umur 22 tahun, ada budak laki terus panggil 'Mama'. Haha. Boleh tahan juga budak kelas Oshin kan. Ala senda gurau untuk ceriakan kelas kan. Tu lah yang seronoknya. Hehe.

Kelas dinamika ni belajar tentang sejarah, politik, perlembagaan, sosial dan segalanya tentang Malaysia. Dapatlah Oshin belajar sikit untuk persediaan nak exam minggu depan kan. Disebabkan bulan puasa, maka pensyarah bagi balik awal seawal 5 petang ! Kelas minggu lepas dekat jam 6 jugak baru lepas. Hehe. Terima kasih Puan. Jasamu dikenang. Ececeh. Esok ada lagi kelas jam 8.30 pagi. Harap kesihatan Oshin pun semakin baik nanti.

u/p : rasanya petang tadi bibir Oshin jadi biru. huhu. mungkin kurang darah kan. doa Oshin sihat ye.

Tiada ulasan: