8 Jun 2013

Monolog Dalaman...

Assalamualaikum

Bismillahirahmanirrahim...

Di mana...
Ke mana...

Perjalanan yang tidak pasti
Ketentuan yang telah ditetapkan
Hanya mengikut arah yang diarah
Tanpa tujuan yang pasti

Tanpa usaha tiada kejayaan
Tanpa doa tiada makbul permintaan
Tanpa tawakkal akan meratap selamanya

Titian hidup perlu dicorakkan
Tidak perlu menanti huluran tangan
Apatah lagi jika tidak disambut
Berjalan sendiri lebih baik adakalanya

Dikelilingi cahaya yang cukup terang
Sudah bererti untuk menerangi hidup
Menadah tangan pada Yang Esa
Minta petunjuk ke jalan kebaikkan

Berusaha untuk pertahankan
Walau dalam kesamaran penghujungnya
Berbekalkan sedikit keyakinan
Berserah dan tawakkal pada DIA
Untuk menentukan segalanya

Semoga kau kuat hadapinya wahai HATI

Tiada ulasan: