Pages

18 Jun 2013

Deactivate Account

Assalamualaikum,

Buat masa sekarang ni Oshin deactivate account FB sementara waktu. Ceh, itupun nak kabo ke orang. Haha. Biasalah bajet retis ramai follower kan. Kahkahkah. Kenapa deactivate ? Entah rasa boring pulak nak tengok walhal itulah yang dihadap tiap hari tiap saat tiap jam. Kan ?

Sebenarnya nak fokus lah konon kat last paper Jumaat ni. Subjek membaca pulak tu. La ni satu apa pun tak baca lagi. Mana tak nya dok melayan perasaan je tak habis-habis. Meroyan tu tok sah katalah. Tiap masa pun nak meroyan. Kan da kabo tak yah nak feel lebih-lebih. Orang kata hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Sekarang padanlah muka sendiri. Haha.

Jadi lebih baik fokus kat exam tu lagi penting. Ingat tujuan asal nak sambung belajar dulu. Dapatkan ilmu dan seberapa banyak pengalaman yang berkaitan untuk masa depan. Tebus balik kesilapan yang pernah dibuat dulu. Dah habis belajar nanti, dah konvo baru fikir hal lain. Jangan fikir nak kahwin je sebab nak ikut orang lain. Sah-sah lah calon awak tu masih samar-samar tak nampak bayang, jangan perasan dapat kahwin cepat. Kahkahkah.

Sebab tu la agaknya tak sampai jodoh lagi sebab nak diberi peluang untuk diri sendiri berjaya dulu. Ubah mana yang patut diubah dan cabar diri untuk jadi lebih baik. Haish. Menaip dan cakap tu memang senang tapi bila nak praktik payah sungguh. Itulah cabaran Oshin oi ! Kenalah yakin dan kuat untuk ubah semua tu. Semoga berjaya !

1 ulasan:

Cik Nor berkata...

blajar kasi habis dlu bru fikir nak kawen..haha