25 Jun 2013

Bambam Rasanya ...

Assalamualaikum

Eh tetiba tajuk nak poyo kan. Haha. Alahai sesekali apa salahnya. kan ? Eh bukan selalu ke ? Eh takpelah. Saje nak poyo sementara ada masa nak update ni.

Entah kenapa hari ni terasa badan macam naik tetiba. Haaa patut suka lah kan sebab dulu kemain dok menyebut bila nak gemuk. Apa lagi berpesta lah Oshin oi. Haha. Yela tetiba rasa sempit, ketat semacam je baju dan kain yang boleh diregang-regang sebelum ni. Hamboi hati sedang dilamun cinta kah ? Eh tak semestinya time bercinta je badan naik bagai di pam-pam kan.

Mana ada Oshin bercinta pon. Hampir nak bercinta pun tak pasti. Haha. Sebab kena reject dah awal-awal. Kahkahkah. Kadang tu tak yah tunggu bercinta hanya kita yang kena pandai kawal kan. Pastikan hati sentiasa ceria walau diserang gundah gulana. Ceriakan harimu walau hakikat macam nak basah hati dan sembap mata menangis. Selera makan pun pastikan kena sentiasa ada.

Last Oshin timbang berat dah naik 2 kilo kepada 45kg. Mungkin nak naikkan lagi 2 kilo ke 47kg. BMI pun normal la rasanya. Sesuai jugak lah dengan ketinggian yang hanya 155cm ni. Pendek kan ? Haha. Pendek-pendek pun masih sesuai lagi jadi crew untuk airlines. Caya tak ?

1 ulasan:

Normi Nieza berkata...

good job eira..hihik